CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pujian boleh jadi virus - Nadhir Nasar

26-3-2023 01:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 312| Komen: 2|Original author: Tatod


Membina Membina nama selepas menjuarai pencarian bakat, Hero Remaja 2020, pelakon Nadhir Nasar, 27, semakin laris apatah lagi selepas drama rantaian lakonannya, Projek: High Council mendapat sambutan luar biasa.

Bagaimanapun, Nadhir atau nama sebenar, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, dia tak pernah meletakkan populariti sebagai alasan untuk menaikkan kadar bayaran, sekali gus menidakkan dirinya sebagai pelakon mahal.


"Mungkin hendak kata mahal itu sangat subjektif. Ada sahaja orang fikir yang mahal itu murah, dan yang murah itu mahal. Saya rasa saya masih baharu dan sangat mentah. Saya baru berada dalam industri selama dua tahun selepas memenangi Hero Remaja 2020.

"Ini bergantung kepada bagaimana kita melakar laluan diri. Apa sasaran hendak dicapai, misalnya, lagi lima tahun, apa matlamat saya? Begitulah cara saya lakar jalan untuk saya," katanya kepada BH Online.


Meletak tepi soal bayaran, Nadhir berkongsi dia tidak mahu alpa dengan pujian orang ramai menerusi lakonannnya. Baginya, pujian bak virus yang mampu memberi kesan kepada dirinya.

Sebelum ini, pelakon, Bront Palarae pernah memuji pelakon drama bersiri yang mencetuskan fenomena, Projek: High Council ini. Bront berpendapat kejayaan drama itu membuktikan Malaysia tidak pernah ketandusan bakat lakonan.

Mengambil perkara itu sebagai pembakar semangat, Nadhir berkata, dia bersyukur apabila ramai yang gemar lakonannya.

"Pujian boleh menjadi virus. Virus daripada segi kita akan fikir diri bagus. Tidak elok sebenarnya perkara itu apabila orang cakap semua yang kita ada berhasil.

"Ia mungkin disebabkan jalan cerita (dalam lakonan), dan saya pula hanyalah pelakon yang mainkan watak. Kemudian tempiasnya datang kepada saya. Jadi, saya tidak mahu terbawa-bawa dengan pujian itu semua.

"Tetapi, apabila saya dapat karya yang tidak elok atau orang tidak suka dan saya berlakon di dalamnya, jika tak berhasil, sama juga. Apapun, Alhamdulillah bila orang cakap begitu, syukur sangat.

"Pada masa sama, harap tanggapan sedemikian akan buat saya lebih berjaga-jagalah dalam hasil kerja. Sebagai pelakon, saya kena cermat dalam menjaga hasil kerja," katanya.


Berkongsi mengenai perkembangan terkini, bintang Nusyuz Berkiblat Cinta itu berkata dia bakal tampil dengan filem pertama, namun, tidak boleh berkongsi lanjut.

"Sekarang saya sedang jalani penggambaran untuk filem sulung. Saya belum boleh kongsi apa-apa lagi tapi terbitan Studio Kembara Sdn Bhd. Saya bukan watak utama tapi akan bergandingan dengan nama-nama hebat.

"Sebenarnya teruja dan sangat takut untuk kali pertama. Takut sebab saya rasa belum cukup ilmu untuk memasuki dunia filem," katanya.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 27-3-2023 10:57 AM
Ank aii hat darjah3 cakap cerita ni viral kat TikTok..dia pun Gigih la ajak adik2 dia tengok..baru start marathon semalam tgk
Quote OyenLemas 26-3-2023 10:39 PM
ada bakat. ada la rupa yg rare skit. dari hensome standard malaysia

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.021655 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top