Selebriti popular, Fattah Amin, baru sahaja melancarkan lima lagu zikir eksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.
Kata Fattah, dia bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.
"Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengar di semasa bulan Ramadan yang diberkati ini," katanya.
Lima trek alunan Fattah ialah Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla Quwwata illah billah, Rabbi Yassir dan Zikir Fatimah.
Kata figura berusia 33 tahun itu lagi, dia dan isterinya, Nur Fazura sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki aplikasi dan program sebegitu.
"Saya terfikir, dah ada features Daily Zikir kenapa tak buat zikir daripada saya dan mungkin lepas ini ada banyak lagi artis-artis di bawah Masyhur ataupun ada lagi artis-artis kat luar genre nasyid, Islamik dan Ketuhanan yang kita boleh berkolaborasi untuk kita letak dalam features Halwa," katanya.
Sumber: GEMPAK
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My