CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aziz Harun teruskan karier nyayian walau ada ijazah dari UK

26-3-2023 10:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 273| Komen: 1|Original author: Tatod


Menyedari hakikat kejayaan memerlukan pengorbanan, penyanyi Aziz Harun nekad mengambil keputusan meninggalkan keluarga di Brunei Darussalam dan membina kehidupan baharu di Malaysia demi menjadi penghibur berkaliber.

Aziz yang mula menempa nama di Malaysia pada 2014 menerusi single Senyum berkata, tujuannya berhijrah ke Malaysia disebabkan tidak lagi perlu berulang-alik seperti yang dilakukan sebelum ini.


Aziz mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya muzik selepas menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan, University of East Anglia, United Kingdom (UK) pada 2021.

"Kalau dahulu, selain muzik, ada perkara lain yang perlu saya fokuskan termasuk menamatkan pengajian di universiti. Sekarang sudah tidak ada alasan lagi dan sebab itu saya nekad untuk berpindah ke Kuala Lumpur.


"Saya mahu tumpukan perhatian penuh kepada muzik dan disebabkan itu, saya mengambil keputusan berpindah.

"Pada masa sama, saya bersyukur keluarga tidak pernah melarang. Mereka faham muzik adalah minat saya. Malah, kalau di Brunei, saya kurang dapat tawaran persembahan.

"Saya sudah ada peminat di Kuala Lumpur. Jadi, boleh dikatakan saya sudah ada tapak termasuk ramai kenalan hebat dalam industri muzik.

"Rugi jika sekiranya peluang ini dilepaskan atau tidak dimanfaatkan sebaiknya," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati, finalis program realiti Big Stage musim kedua ini berat hati kerana sudah jarang meluangkan masa bersama keluarga, apatah lagi, usia ibu bapanya sudah lanjut.

Namun, Aziz berkata, dia bersyukur apabila keluarga memberi sokongan, selain tidak pernah membantutkan usaha untuk terus melebarkan sayap dalam bidang nyanyian.


"Keluarga tahu saya minat muzik dan mereka tidak pernah halang untuk pilih kerjaya dalam bidang ini. Tempoh pengajian sebelum ini membuka mata saya untuk lebih serius dengan jalan yang dipilih ketika ini.

"Sebetulnya, saya menetap di Kuala Lumpur pada awal Mac lalu. Sebelum berpindah terdetik juga rasa berat hati kerana usia ibu bapa semakin meningkat. Saya takut tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

"Tetapi, saya bersyukur disebabkan mereka sentiasa datang ke Kuala Lumpur untuk melawat saya. Jika saya ada kerja di dan tidak pulang ke Brunei untuk tempoh masa lama, mereka akan ziarah," katanya.

Ditanya gambaran perasaan sepanjang melangkah dalam industri muzik Malaysia, Aziz berkata, ia adalah suatu pengalaman berharga.

"Sejak memasuki industri muzik Malaysia, saya langsung tak menyesal, apatah lagi, banyak peluang diberi kepada saya untuk membina nama di Malaysia.


Terbaharu, Aziz melancarkan single duet bersama penyanyi Aisha Retno berjudul Jarak.

Single Jarak ciptaan Aisha, Romeo dan Glowrush hasil kerjasama dua syarikat rakaman, Sony Music Malaysia dan Faithful Music.

Lebih menarik, single Jarak bakal dimuatkan dalam album pertama Aziz berjudul Yang Benar dan dijangka dilancarkan, bulan ini.

Aziz terkenal dengan lagu genre pop seperti Beautiful, Jangan, Jauh dan banyak lagi. Aziz pernah mengambil keputusan berehat seketika dalam bidang nyanyian selepas membuat keputusan melanjutkan pengajian ke UK pada September 2019.

"Saya harap rezeki berpanjangan dan rakyat Malaysia boleh hargai saya. Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk pendengar di sini," katanya.


Sumber: BH ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Quinharley 26-3-2023 04:33 PM
okay tu jadi penyanyi atu, di sini payah jua cari kerja jis.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057863 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top