CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah kecewa penaja mungkir janji lunaskan bayaran

25-3-2023 01:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 459| Komen: 6|Original author: Tatod


Datuk Aishah, 58, bakal mengambil tindakan susulan terhadap individu yang memungkiri perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

Individu terbabit antara penaja menawarkan sebidang tanah lot banglo untuk program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) pada 2017 ketika Aishah muncul sebagai juara.

Pemilik nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, sekiranya hakim menjatuhkan hukuman, ia mungkin maksima.

"Sebelum orang hentam saya sebagai orang yang tamak dan kejam, mereka kena tahu fakta sebenar. Apa yang berlaku ialah kes ini jadi kes mahkamah. Kita dah setuju untuk selesaikan. Maknanya hakim tak jatuh hukum".


"Kita ada sejumlah bayaran yang tidak didedahkan. Dah cantik dengan cara bayaran bulanan dan dipersetujui kedua-dua pihak serta disokong oleh mahkamah.


"Salah satu klausa, seandainya dia lalai buat bayaran bulanan, automatik ia akan balik kepada jumlah yang kalau jatuh hukum, dia akan jadi banyak itu.

"Sekarang bulan pertama bayaran okey. Bulan kedua dan ketiga dah 'default' (gagal). Bila ditanya, katanya ada bayaran nak masuk tapi lambat sikit," katanya.

Menurutnya, dia menanti sehingga tarikh dijanjikan tetapi tiada apa-apa berlaku.

"Saya diamkan lagi. Kemudian dia kononnya datang untuk runding semula bersama peguam untuk buat pembayaran selama setahun. Pun kita diamkan saja.

"Dia hanya bagi pembayaran pertama lepas itu tak juga sambung. Jadi asasnya dia tak datang semula untuk berbincang. Setiap perbincangan juga ada had tempoh tertentu.

"Jadi sebelum had tempoh selama enam tahun ini tamat, kita kena ambil tindakan. Seterusnya ialah kembali semula ke mahkamah tinggi untuk dapatkan kebenaran untuk sita," katanya.


Aishah berkata, individu itu juga hilang tanpa dapat dikesan dari perjanjian yang dibuat di depan hakim.

"Itu adalah langkah seterusnya. Kalau tak sita, seterusnya ialah muflis. Orang yang mungkin tak faham prosedur itu mungkin kata macam-macam.

"Dah berapa tahun saya tuntut sampai buat iklan dalam akhbar utama supaya datang berbincang. Dia tak datang berbincang, maka saya bawa ke mahkamah.

"Dia yang buat cadangan pembayaran alternatif, tapi dia sendiri yang langgar. Dah dua kali dia buat begini," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote hayati_hassan 26-3-2023 01:25 PM
tuntut ajalah memang itu hak aisha
Quote kaedahnya 26-3-2023 06:54 AM
rasanya orang tu ada jah duit, tapi memang tak nak bayar khenn. so bagus kak ecah, semoga jadi ikutan artis lain supaya tak kena tipu
Quote CiliPadiSedap 26-3-2023 04:31 AM
tu duit dia, bukan dia tamak pun
Quote Buritan 26-3-2023 03:15 AM
Aku setuju dgn ecah ni.. yg aku tak phm Ade jgk netijen yg kata dia tamak.. cemana tuu.. sian plk..Dunia ni mmg tak leh Kita buat benda betul ke.. ke kena diam redha jee.. tunggu perhitungan Allah je.. mcm aku bising bising ttg my sibling . Ujung kena cop pendengki.. buat keje tak ikhlas.. bla bla blaa . Laa ni pdn muka bpk aku.. anak dia yg berjnji nak bg bik ujung ujung abuk pun tak de.. ujung ujung mintak tolong aku jugak..
Quote Mulotkoyak 25-3-2023 06:16 PM
Yesss sy sokong.. So conclusionnya dia xdpt tanah tu la kan. So dpt gantirugi bayaran la yeee... Anyway isu kan semula ke mahkamah sbb gagal patuh bayaran.
Quote Perawankota 25-3-2023 03:22 PM
Bagus Kak Ecah.. Jangan bagi org tipu kita

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.078694 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top