Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Bukit Jalil pada khamis lalu.
Ingin dikenali sebagai Azza, mangsa hanya menyedari gambar tubuhnya dirakam oleh seorang individu selepas dimaklumkan sendiri oleh pelaku menerusi mesej langsung di Twitter pada hari yang sama.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi, pelaku menghantar dua keping gambar Azza yang sedang beratur membeli juadah berbuka.
Lebih mengejutkan apabila individu tidak dikenali turut menyelitkan pujian berbuah lucah mengenai bentuk payudaranya.
Azza menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau, apatah lagi ia berlaku pada hari pertama umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa.
"Saya pergi ke sebuah bazar Ramadan di kawasan Bukit Jalik pada hari pertama Ramadan. Jadi, saya cuba nak pakai labuh macam kawan-kawan lain.
"Sampai bazar, fokus cuma nak cari makanan. Sekitar jam 8 malam, saya buka Twitter dan baca request direct message (DM) daripada sebuah akaun.
"Pada saya, melampau sebab dia berani snap gambat saya dari sisi dan depan tanpa kebenaran. Saya tak kenal pun siapa lelaki itu," katanya kepada mStar.
Katanya lagi, dia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu kaum hawa berhadapan kejadian serupa dan berhati-hati dengan lelaki yang berada di sekeliling ketika berada di tempat awam.
Tambahnya lagi, wanita bukanlah objek seks dan orang ramai menghormati bulan Ramadan. - CARI
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
tu la sape suruh tak labuhkan tdg kan dh mendpt. tahu dh sekrg ni rmaai org gilaaa. yg labuhkan tdg pun kdg2 nmpk gak shape tu. ni pulak x labuhkan tdg lagilah peluang bg yg s*x maniac tu. hrp2 acik blosue biru insof la ya. yg gila tu mmg sah2 lah gilaa