Oleh Adib Za Pesanan buat kaum wanita, sebenarnya kepada mana-mana individu pun, jika anda rasa dalam situasi bertepuk sebelah tangan, segeralah sedarkan diri. Usah lagi diperbodoh dengan permainan si dia. Kadang kala terdapat golongan yang zalim dan jahat bukan sahaja mempermainkan perasaan anda, malah mempunyai agenda menjadi 'pisau cukur'. Namun, kadang kala wanita ini mudah sangat dipergunakan. Banyak 'clue' yang semakin terserlah, namun tidak juga dipedulikan. Bagi anda yang tidak mahu diperkotak-katikkan dalam perhubungan, lihat 3 tanda ini agar diri anda sentiasa berwaspada, menurut portal dianarashid.com, 1. Jarang bertanya khabar berita Hanya mencari anda, bertanya khabar dan menelefon anda ketika memerlukan anda. Golongan seperti ini seharusnya dijauhi segera. Usah biar diri diperbodoh! 2. Hanya anda yang berusaha Hanya anda yang perlu menjaga hatinya, ingin bertemu dengannya dan menelefonnya. Orang macam ni, seharusnya makan tapak kasut sahaja! 3. Tiada perhatian Kasihan, anda sedaya upaya memenangi hatinya, sedangkan dia tidak memberikan perhatian. Bukan itu sahaja, dia tidak mahu memperkenalkan anda kepada rakan, keluarga dan saudara maranya. Apakah maksudnya? Sudah jelas kan dia tidak memerlukan anda? - CARI Infonet
|
3
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT