Nabil Ahmad kecewa apabila simbol jari tanda ‘Allah yang satu’ kini sering dikaitkan dengan individu yang berlaku curang dan memukul wanita. Tegas pengacara itu, tidak sepatutnya agama dikaitkan dengan kelakuan buruk atau permasalahan dilakukan individu.
“Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri. “Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallah muhammadur rasulullah) terus anggap ini adalah tanda-tanda lelaki akan curang dan pukul isteri. “Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke. Kita faham perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena mengena dengan tanda itu,” katanya kepada Gempak.
Nabil turut memberitahu tanda tersebut juga sama seperti dilakukan ketika tahiyat awal dan akhir setiap kali menunaikan solat dan tidak patut diperlekehkan. “Memperlekehkan tanda itu, bagi saya, tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat masa tahiyat awal dan akhir kan. Takut akidah lari sebab perlekahkan benda-benda macam ini. “Kalau tak tahu, jangan nak tuduh, jangan nak perlekeh… dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Yang jadi masalah individu itu, bukan agama. “Agama ajar yang baik, betul, terang, jelas dan nyata hakikatnya semua ada dalam Al-Quran dan Nabi ajar kita benda-benda yang macam itu,” ujarnya. Sumber: Gempak
|
dudaberhias replied at 24-3-2023 11:58 AM
Biasa la tu. Waktu2 kat mahkamah gitu gigih menonggeng agama. Lepas dah habis ke mana jari satu gitt ...
MatDeghem replied at 24-3-2023 11:03 AM
ashilalat replied at 24-3-2023 02:21 PM
Alip aziz curang banyak kali, mana gamba nya?
MatDeghem replied at 24-3-2023 03:49 PM
dia ada gambar tunjuk jari SATU?
katnissE replied at 24-3-2023 04:15 PM
Soundlah penunggang agama yang kaki pukul dan kaki curang jangan guna simbol tu.
Memalukan saja. ...
ADVERTISEMENT