Isteri Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik menjelaskan kecederaan tulang belakang yang dialami aktor itu beberapa tahun lalu adalah berpunca daripada penglibatan dalam filem arahan Syamsul Yusof sendiri iaitu KL Gangster.
Katanya kecederaan itu berlaku ketika Aaron menjalani latihan dan berharap Syamsul memahami keadaan dilalui suaminya itu. "Ya Allah Ya Tuhanku, saya berdoa sempena Ramadan ini untuk Syamsul menerima nasib sama apabila dia sudah berusia dan diuji dengan kesihatan. "Apa yang suami saya lalui beberapa tahun lalu adalah kecederaan tulang belakang ketika penggambaran filem KL Gangster. Ia berlaku sewaktu menjalani latihan filem berkenaan," katanya di Instagram. Laporan media sebelum ini turut melaporkan Aaron mula mengalami kesakitan selepas ditimpa kemalangan semasa penggambaran rancangan realiti Fear Factor Malaysia pada 2013.
|
babelina replied at 23-3-2023 04:05 PM
Sol sol.. punca slip dics tu masa pengambaran kl gangster..citer sol.. ptt sol ada la cikit budi bas ...
kikilalapooh replied at 23-3-2023 04:06 PM
kesian aaron...
LadyCarefree replied at 23-3-2023 03:55 PM
Jahatnya acik spore ni. Ko ingat doa gitu maka tuhan nak makbulkan? Nanti berbalik kat kau ya acik. ...
ADVERTISEMENT