CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Edika Yusof Pun Pernah Diserang Macam Kamal Adli, "Saya Dipukul Bonzer Kelab Malam, Cemburu Sebab GF Dia Minat Saya"

23-3-2023 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4702| Komen: 20

Pernah berdepan kejadian hampir serupa, Edika Yusof, 55, tampil menasihatkan golongan artis dan selebriti agar tidak mengambil ringan soal keselamatan ketika berada di kawasan terbuka.

Kata Edika, pengalaman bergelar anak seni lebih empat dekad cukup mematangkan dan membuatkan dia sentiasa berjaga-jaga serta berwaspada dengan ancaman yang tidak disangka-sangka.


Foto: IG

“Apa yang berlaku kepada Kamal, pernah menimpa saya dahulu, sekitar  fasa awal penglibatan sebagai pelakon. Cuma mungkin waktu itu tiada media sosial jadi ia tidak tular dan tidak diperkatakan.

“Saya pernah diserang seorang bonzer kelab malam yang menyimpan dendam dan cemburu kerana teman wanitanya meminati saya. Disebabkan tidak puas hati, saya dipukul sehingga cedera. Saya tidak sangka, kerana cemburu yang keterlaluan, dia sanggup ekori saya.

“Sebagai orang yang dikenali, kita berpotensi untuk menjadi mangsa serangan seperti ini kerana kita tak tahu siapa yang berdendam dan menyimpan amarah terhadap kita.  Justeru dalam apa juga keadaan, kita perlu berhati-hati,” katanya.




Kata Edika lagi, golongan artis tidak seharusnya memandang enteng soal keselamatan lebih-lebih lagi ketika berada di tempat tumpuan awam. Katanya perkara lebih buruk,  yang membabitkan kehilangan nyawa boleh berlaku dalam sekelip mata.

“Elakkan keluar berseorangan, sebaiknya berdua atau lebih kerana jika berlaku perkara tidak diingini, ada orang sekeliling yang dapat membantu.

“Keselamatan perlu diutamakan. Apa yang berlaku kepada Kamal tidak dapat dihidu sesiapa. Kita tak tahu apa yang terpendam dalam hati manusia lain, dia marah, benci atau berdendam dengan kita, tiada dalam pengetahuan kita,” kongsinya lagi.



Artis juga manusia biasa

Sebagai penggiat seni, Edika kesal dengan apa yang menimpa Kamal dan baginya, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dalam sebuah acara yang diawasi sistem keselamatan yang ketat.

“Saya simpati dengan Kamal. Serangan yang berlaku terhadapnya adalah perkara serius yang boleh mengancam nyawa.

“Peminat kena tahu pelakon juga manusia biasa. Apa yang mereka lihat menerusi drama atau filem hanyalah lakonan semata-mata.

“Jika timbul  marah, dendam atau tidak puas hati terhadap pelakon kerana watak mereka bawakan, tolong kawal perasaan. Jangan lepaskan dengan mencederakan pelakon tersebut,” katanya.



Apabila disoal tentang keperluan seseorang artis menggunakan khidmat pengawal peribadi, menurut Edika, langkah tersebut boleh dipertimbangkan bagi yang berkemampuan.

“Masyarakat perlu tahu bahawa bukan semua artis kaya dan hidup senang. Ada juga yang terpaksa hidup kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menyara kehidupan.



“Apatah lagi bila bercakap soal keselamatan, bukan semua mampu menggunakan khidmat pengawal peribadi tetapi ramai yang terpaksa turun padang, sertai ekspo-ekspo perniagaan untuk menjadi wang tambahan.

“Dalam keadaan apa sekalipun, disebabkan artis mudah jadi sasaran kemarahan orang, berjaga-jagalah sentiasa. Individu yang berbahaya ini ada di mana-mana,” tambahnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 23-3-2023 02:23 PM
55 pun hensem lagi. Badan duk mcm tu jugak
Quote aemon 23-3-2023 02:27 PM
beza sangat edika dgn kemal deli.berbungkus2 hensem yach papa edika dari kemal.iols anggap kemal kena buli dengan onggile je.
Quote bottompro 23-3-2023 02:43 PM
meols tak pernah nampak edika ni hensem.
lebih kepada rupa paki dan bangla ja pon.
Quote dudaberhias 23-3-2023 02:46 PM
umo 55 tapi heshe memang nampak awet muda... setia betul heols yach!

ensem tu tidak lah kot... sebab iols tak suka jejantan yang penuh sabot nyoq kat muka ni... penat nak kena kopek mengopek sabut nyoq dulu untuk cari mulut nak comolot...

baik aku kahwin dengan pokok kelapa tua je dah alang2 nak kena kupas mengupas... kurang2 boleh buat kuih talam, nasi lemak tiap2 hari kalau kahwin dengan pokok kelapa...
Quote kucingitam 23-3-2023 03:34 PM
haah rasa zaman muda mudi dulu mmg ada dgr gossip dia kena pukul/bergaduh. cum tulah, rambut tu dah kenapa buat fesyen ketayap gitu..?
Quote rayna_raynes 23-3-2023 04:06 PM
Yg ni takde pulak org kecam kata nak perhatian
Almaklumlah hensem
Quote edoraixora 23-3-2023 04:07 PM
Edited by edoraixora at 23-3-2023 04:10 PM

buang jambang tu lagi hensem
huduhlah jambang gitu

selingan: pic masa muda..


Quote doridori_hi 23-3-2023 05:27 PM
lawa wife dia
Quote razzia 23-3-2023 06:58 PM
i caya kata-katanya sebab hensem.kalau syuk sahar bagi tau mcm ni i boleh muntah ijau
Quote dani-rox 23-3-2023 07:03 PM
Oleh kerana ai pernah melalui 90s pop culture tanah air, ai percaya sepenuh hati citer pakcik Edika itu
Quote selipar_hijau 23-3-2023 07:09 PM
Hensem yakmat edika masa muda2 dulu tak kira laki pompuan tempek poster muka dia kt loker
Quote telracs 23-3-2023 07:14 PM
Sesiapa bbnu, sila tonton movie maria mariana untuk melihat kekacakannya...
Quote arwenlotr 23-3-2023 08:41 PM
bottompro replied at 23-3-2023 02:43 PM
meols tak pernah nampak edika ni hensem.
lebih kepada rupa paki dan bangla ja pon.

Kannn macam bernard chandran
Quote makgetah 23-3-2023 08:46 PM
selipar_hijau replied at 23-3-2023 07:09 PM
Hensem yakmat edika masa muda2 dulu tak kira laki pompuan tempek poster muka dia kt loker

Ko kate kt aku ke? Hahaha
Poster Edika iklan Kingsway
Quote Ferr_Remy 23-3-2023 08:55 PM
Iols penah kena ugut bunuh oleh sekor bbnu bodo zaman dedulu sbb crush heols close giler dgn iols hahaha.
Quote rosedemon 24-3-2023 10:07 AM
sukati engko la edika jga je bini ko tu
Quote ezacbee 24-3-2023 10:20 AM
Aku suka time dia berlakon xxray. Hensem nooo.. walaupun jahat.

Quote safieyah1984 24-3-2023 11:11 AM
dudaberhias replied at 23-3-2023 02:46 PM
umo 55 tapi heshe memang nampak awet muda... setia betul heols yach!

ensem tu tidak lah kot... seba ...

taste kita sama lah kak duda semak lah jantan berjambang bagai ni nampak busuk kepam uuuwwsss tp edika ni ok lah kemas jambang dia kalo mcm nenas tu aduhaiii serabut tgk.

kamal dng bini dia sama gemokk lelaki kalo dah gemok mmg nampak busuk edika ni maintain badan dia setia pulak tu tp bini dia lawa
Quote mawardia 24-3-2023 10:50 PM
He ols ni ada aura daddy daddy

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.127296 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top