CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Sekarang Bukan Zaman Tabu, Wanita Bersaiz Macam Kami Ini Sudah Ada Keyakinan Diri' - Dina, Cik B

23-3-2023 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4690| Komen: 24

Usaha pengeluar jenama pakaian wanita gempal atau ‘plus size’, Mis Claire dalam menyerlahkan keyakinan wanita bersaiz 'comel' mendapat pujian Dina Nadzir dan Cik B.

"Wanita bersaiz badan macam kami ini sudah ada keyakinan diri. Kita hidup di zaman sekarang, ia bukan lagi tabu atau masalah. Kalau ada orang ejek fasal saiz kita, pasti ada yang akan back-up dan hentam mereka yang mengejek itu.



OHBulan

"Jadi diri sendiri kerana setiap dari kita ada kecantikan tersendiri. Tak kira apa jua badan saiz, kita ada kelebihan dan kekurangan. Saya hingga saat ini selesa apa adanya dengan diri ini.

"Saya masih berdiet tapi sekadar suka-suka dan meletakkan garis keselesaan diri. Tapi kalau ada di antara kita, yang rasa nak menyerah dengan berdiet atau mahu kurus, jangan bimbang.

"Tiada tekanan, kita hanya hidup sekali. Yang penting diri ini kita hargai," katanya yang sudah lima tahun setia dengan jenama itu seperti dipetik dari OHBulan.


Dina menggemari jenama berkenaan yang disifatkannya 'adventures', nampak mahal dan bertepatan dengan keinginannya untuk berfesyen.

Manakala anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida pula berkata, jenama itu memberi solusi mudah kepadanya yang selama ini sukar mencari pakaian.

"Tanyalah sesiapa yang berbadan macam saya, tentu jenama ini yang terlintas.

"Kalau tanya beli mana baju raya saiz comel, jawab mereka, mestilah Mis Claire.

"Jadilah diri sendiri. Kita comel, kena bangga dan yakin. Keyakinan diri itulah kecantikan dan ‘alat solek’ utama. Kalau tak yakin, jadilah bagaimanapun takkan nampak kecantikan dan keyakinan itu," ujarnya.


OHBulan

Sementara itu, Mis Claire tidak ketinggalan terus menyajikan sembilan koleksi raya merangkumi lebih 30 pilihan baju raya.

Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 23-3-2023 02:10 PM
Kening cik b tu dah kenapa
Quote likilu 23-3-2023 02:14 PM
Yeke yakin diri?

I dulu waktu sekolah kena buli by budak pompuan gemuk. Kalau konfiden sangat kenapa dengki ngan I yg kurus cantik bijak rupawan hartawan sportsman teachers pet harapan bangsa tokoh mail hijrah ikon belia bapa pembangunan Olympic gold medallist ni?

Haha terus trigger ptsd acik
Quote taji2906 23-3-2023 02:38 PM
dina tu lebih cantik dari cik b dalam kalangan perempuan gemok.
Quote cikatilia 23-3-2023 02:52 PM
likilu: Yeke yakin diri?I dulu waktu sekolah kena buli by budak pompuan gemuk. Kalau konfiden sangat kenapa dengki ngan I yg kurus cantik bijak rupawan hartaw ...

i also kena buli akak gemok sbb salah paham depa ingat iols nak abang joe(ngang) boyfren bff dia.. tahapa2 tah... dia ejek kita punya keturunan (jawa) aku panggil gemok sentap noks
Quote JunkMail 23-3-2023 02:58 PM
Cuba menormalisasikan body positivity gemok is osem? Gemok gemok sakit lutut nanti dik..
Quote dudaberhias 23-3-2023 03:01 PM
betul la tu... gemuk atau kurus kita tetap kena ada keyakinan diri... memang la zaman era sekarang ni body shaming di anggap benda yang sensitif...

tapi masalahnyaa penyakit2 semua tu orang masih takut kalau badan gundu macamtu... jalan sikit dah terpleot... pijak tangan mak pun patah..

kalau kahwin malam2 kena panggil kren angkat bini duk atas lelaki... yihhhh!!!

semua orang kalau boleh nak maintain kurus... tak nak gemuk sebab takut penyakit dan macam2 lagi... keyakinan tetap kena ada gittuh! sebab yang kurus ni pun insecure kehulu kehilir... apatah lagi gumuk...
Quote asfaz 23-3-2023 03:02 PM
Edited by asfaz at 23-3-2023 03:04 PM
cikatilia replied at 23-3-2023 02:52 PM
i also kena buli akak gemok sbb salah paham depa ingat iols nak abang joe(ngang) boyfren bff dia..  ...


Kihkihkih...anak ai kurus keding and dia rapat dgn sorang boy dlm class dia. Boy tu kawan dia dr tadika umur 5 tahun. Opkos la rapat kan dah lama kenal. Anak ai 12 tahun dah.
So ada la girl yg jeles sb ada yg minat jugak dgn boy tu. Asik la ngata anak ai ni kurus keding la ,tahi lalat la. Anak ai ada la ngadu dgn ai. Ai ckp balas aje la. org mcm tu kena balas. Dia kata kurus keding ,balas balik dia gemok.
Memula mmg anak ai tak nak sb dia kata body shaming tak baik. Tpi lastnya dia dah tak sabar dia balas balik kta org tu gemok. Terus sentap smpi sekarang tak kata dah anak ai kurus keding. Mmg la body shaming tp org mcm ni mmg kn ajar
Quote tulip-rain 23-3-2023 03:18 PM
Hargai dan jagalah diri dgn menjaga dan ambil berat pasal kesihatan diri. Jaga kesihatan untuk diri sendiri bukan utk orang lain.


Quote matseh 23-3-2023 03:50 PM
Ada duit potong saja la.
Atau pun pi Korea/Siam. Buat plastik/fiber surgery.
Balik malaysia canti lawa jelita mcm cerita Korea 200kg Beuty.
Quote Bipolajourney 23-3-2023 04:21 PM
dudaberhias replied at 23-3-2023 03:01 PM
betul la tu... gemuk atau kurus kita tetap kena ada keyakinan diri... memang la zaman era sekarang n ...

Yang gemuk tu nak insecure hapa dah gemuk. Sebagai seorang yang gemuk (dan tinggi), aku tak rasa nak insecure kerana tak de sapa untuk aku puaskan hati atau curi hati. Kalau tak dapat terima time aku gemuk nescaya tak layak terima time aku persis model. Gitu mak bagi.
Quote prettyuglybabe 23-3-2023 04:34 PM
yang i tengok, orang acah kurus yang banyak dok bitter dengan orang gemuk..
dok kutuk-kutuk macam dia la body terpaling kurus terpaling lawa..
tapi i akui, mereka berdua ni besar bethollll
Quote cmf_premierleag 23-3-2023 04:35 PM
Comel??? Tak comel pun..nmpk busuk berkerak berlemoih ada le
Quote cmf_premierleag 23-3-2023 04:37 PM
Org2 gomok is ohsem ni mmg menyakitkan mata..dah le gemok.menyusahkan org lain jah
Quote KBW2 23-3-2023 04:41 PM
Ohhh keyakinan untuk menguruskan diri adooo?
Quote clarizsa 23-3-2023 06:22 PM
Saiz tu tak kisah sgt tapi risau penyakit tu
Muda2 lagi mmg x dapat lagi
Tunggu dapat nanti baru menyesal
Quote Piramida 23-3-2023 06:27 PM
Keyakinan diri.. Dan membuktikan product mak awak tu kurang berkesan.. Tak gitew?
Quote minahmanja 23-3-2023 06:31 PM
Org suh kurus bukannya apa, utk kesihatan.. kalau sakit senang org nk angkat & uruskan … kalau besar sgt katil hosp pun takut tak muat.. kurus tuk diri sendiri.  Itu pun tak boleh fikir ke..
Quote downiey 23-3-2023 06:42 PM
aku yg berat dh naik 7kg ni pon sakit lutut walaupon bukan kategory obess. ni dlm proses nk kuruskn balik.
Quote sambaldurian 23-3-2023 07:23 PM
Tp mak nya jual produk kurus. Contra nye la.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.048111 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top