CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Bersalin Anak Pertama, Nynaa Harizal Rindu Nak Berlakon "Tengah Pujuk Suami Untuk Beri Izin"

23-3-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6306| Komen: 22

Dah dua tahun sepi, Nynaa Harizal mengakui rindu untuk kembali berlakon kerana itu adalah jiwa dan minatnya.

Meskipun suaminya iaitu Fahmi Ilyas memintanya memberikan fokus kepada keluarga, Nynaa atau Nurul Hanynaa Harizal, 27, memberitahu dia berusaha memujuk supaya diberikan keizinan untuk kembali beraksi di depan kamera.


Foto: IG

"Buat masa sekarang memang rehat dahulu. Saya pun baru sahaja bersalin anak pertama. Jadi tak tahulah berapa lama akan berehat dari dunia lakonan.

"InsyaAllah saya akan kembali berlakon. Memang rindu untuk ke lokasi selepas hampir dua tahun. Dunia lakonan sudah menjadi jiwa saya.

"Suami pun tak susah nak pujuk. Nanti saya akan pujuk dia untuk kembali berlakon," katanya kepada mStar.




Bercakap tentang kehidupan baharu sebagai ibu kepada Zara Arianaa yang dilahirkan pada 29 Januari lalu, Nynaa berkata dia kini menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan sentiasa mahu segera pulang ke rumah walau sibuk di tempat kerja.

"Setiap hari ada sahaja kegembiraan baru apabila melihat anak membesar. Susah nak gambarkan dengan kata-kata. Sekarang ini walau sibuk bekerja saya mahu segera pula ke rumah untuk bersama anak.




"Sama juga seperti ibu lain, memang akan ada penat. Tetapi kalau kita enjoy dengan apa yang dilakukan, segala perasaan letih itu akan hilang," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang Fire & Ice Lip Booster Serum keluaran syarikatnya itu, Nynaa mengambil masa hampir setahun melakukan penyelidikan sebelum berani tampil dengan produk berkenaan.



Sebagai wanita yang sentiasa mahu kelihatan cantik, Nynaa percaya penggunaan produk ini adalah jalan terbaik untuk kekal anggun dan menawan.

"Saya memang ada masalah bibir kering dan selalu mahu bibir yang mungil. Nak buat pembedahan saya takut. Jadi sebab itu saya sentiasa mencari produk yang boleh membantu masalah sendiri.

"Sebelum ia dipasarkan, saya sendiri turun padang melihat proses pembuatan di kilang supaya yakin ia selamat digunakan," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 23-3-2023 11:57 AM
bini millionaire pun jual produk timbang kilo?

Jiwa konon. Berapa tahun jadi pelakon? Hebat ke lakonan? Nanti dah berlakon keluar pula statement tolak job sebab rindu anak. Konon. Padahal takde offer.
Quote tulip-rain 23-3-2023 12:06 PM
Tak payahlah. Bukan best pun. Orang pun dah lupa kau tu pelakon. Lakonan adalah jiwa saya katanya
Kau pun orang kenal sbb kisah rumahtangga je.
Quote Nham22 23-3-2023 12:25 PM
Majlis akikah baby die xde pon penampakan keluarga die... Mmg xdtg ke ape... semue pict side suami die..
Quote dudaberhias 23-3-2023 12:26 PM
tak payah gigih la nak berlakon balik... laki ko kaya kan...
nanti hujung2 ada la plak sesi si harizal kenten culik balik...
siap pakai pistol bagai... yihhh!
Quote makcun14 23-3-2023 01:38 PM
rindu berlakon katanya... hengat  bakat level Nabila Huda ke dah bertahun tahun  shooting siang malam
Quote hanihan16 23-3-2023 02:24 PM
Nham22 replied at 23-3-2023 12:25 PM
Majlis akikah baby die xde pon penampakan keluarga die... Mmg xdtg ke ape...  semue pict side suam ...

i tengok2 jugak carik gambar maknya, nan hado. kot2 la sejuk hati tengok cucu
Quote bottompro 23-3-2023 02:26 PM
ini ke ciki kena culik penuh dgn drama suatu ketika dahulu,
dik, weols dh tak kenal who are you.
boleh dah menjalankan tugas baru: ptoong bulu2 shueben yg galak tumbuh tu. gituwww
Quote yum3 23-3-2023 03:20 PM
Tak yah blakon lah sis. Sb mcam kayu . UHuuuuuu........ Sorry .Harap cantik je.  Dpt laki kaya. Relax2 je lah. Shoping2. Round the world. Bukan semua org dpt peluang tu tau.
Quote rosevelvet 23-3-2023 03:41 PM
Research apa yg ko buat utk product tu. Tahun lps2 sibuk scene culik2, pastu laki kena halau ms pg pujuk, pastu minta cerai, pastu balik kt tok laki. Tuptup beranak
Quote edoraixora 23-3-2023 04:06 PM
cantik sungguh lahai dia ni
dok dediam jadik tai2 udoh ler
nikmati lah sementara masih ada
gitewww nasihat
Quote Incanto 23-3-2023 07:02 PM
aku suka tgk dia

ramai jer org cantik tapi dia ni jenis elegant, mcm pompuan zaman Bridgerton gitu
Quote fefeeling 23-3-2023 07:09 PM
Enjoy fun jelah dik.. susah2 je nak berpeluh kt luar tu membanting tulang.. keje ko skang swipe kad perabih duit tok laki je sudah
Quote Kancilkering 23-3-2023 07:51 PM
tasha shila tu relax je ….anak dua  dh….x dek merempan rindu berlakon yada yada yada
Quote sakurazura 23-3-2023 08:06 PM
Ni lagi satu nak tambah kerja nurtizen ke sis. Baik chuols duduk rumah jaga anak & hubby. Lagi aman. Dari bergaul busuk2 di set tu. Lain la chuols pelakon hebat yg dirindui penonton. Ni watak tempelan jaaaah
Quote Duta lover 23-3-2023 08:25 PM
Confuse muka suami dia sama mcm muka suami raysha rizrose tu
Quote Rogue98 23-3-2023 08:30 PM
Xyah lah berlakon. Kau duk hadap jer lah laki mamak kau tu. Nanti berlakon gaduh lagi ..makbapak kena kidnap kau lagi... Pening lahhh
Quote namieamuro 23-3-2023 08:48 PM
die dgn parents die okeh tak? mahap ler i tak kenal die sbg pelakon. kenal pn mase drama culik menculik antara kuarge die dgn laki die.

malu je dah main culik2, tibah helok together gather balik sampai pregnant. yg ko beriye sgt lari dlu dh knp?
Quote rosedemon 24-3-2023 09:57 AM
ko duk umah je la nok laki ko kaya
Quote Piramida 24-3-2023 10:01 AM
Lepas ke nak berlakon.
Masa blm ada anak pun, tak lepas bebas kan?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046066 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top