Pelakon Fasha Sandha tekad meneruskan penggambaran biarpun kecederaan pada mata belum sembuh sepenuhnya. Tegas aktres berusia 34 tahun itu, dia enggan penggambaran telefilem dibintanginya itu tertangguh untuk tempoh yang lama.
“Saya selalu berfikir untuk selalu permudahkan kerja orang, kerana Insyaallah kalau saya permudahkan kerja orang lain, Allah akan permudahkan kerja saya. “Walaupun saya tidak sihat sepenuhnya selepas mengalami kecederaan pada mata, malah suami dan doktor tidak menggalakkan untuk saya kembali bekerja lagi. “Kalau saya tidak shooting akan tertangguh rezeki crew dan team penggambaran. Walaupun struggle dan sakit sikit tapi yang penting memudahkan rezeki orang lain, “Saya fikir sekiranya tidak habiskan kerja ini dengan lebih awal, crew semua tak dapat payment. Biar saya sakit, tapi tidak menyekat rezeki orang lain,” katanya.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya pakaian jenama Alfaro yang mana aktres itu juga diumumkan sebagai duta rasmi jenama tersebut yang diadakan di ibu kota, pada Selasa. Melanjutkan bicara, isteri kepada aktor Aidil Aziz itu berkata, pada awalnya suami dan keluarga turut mempersoalkan keputusannya untuk kembali ke lokasi penggambaran semula. “Apabila saya sambung semula penggambaran drama itu, suami dan keluarga agak berat hati. Mereka tanya pada saya betul ke dah nak mula kerja. Kerana mata masih belum sembuh lagi. “Saya sentiasa fikirkan keadaan orang lain barulah diri saya sendiri. Sampaikan saya pernah kena marah dengan orang di sekeliling saya termasuk mama saya. “Malah selepas mengalami kecederaan itu perkara pertama saya fikir macam mana dengan shooting. Sepanjang 20 tahun saya dalam industri, tidak pernah lagi penggambaran tertangguh disebabkan saya sehingga akibatkan orang menunggu saya,” tambahnya lagi.
|
makadek: Serpihan sayang drama terbiul ...
ADVERTISEMENT