Nama pelakon dan penyanyi Meerqeen sering mencuri tumpuan dan meraih pujian terutama ketika bergurau dengan adik-beradiknya menerusi perkongsian video di media sosial. Dia yang dilambung populariti di usia muda mengakui keluarga selalu menjadi alasan untuknya terus bertahan dan mengingatkannya untuk selalu merendah diri memijak bumi.
Pelakon yang melonjak nama menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu mengakui tidak mudah menjadi seorang Meerqeen yang memiliki jadual padat setiap hari. Namun kepenatan itu selalu hilang setiap kali melihat keletah adik bongsunya, Muhammad Shaqeel Shauqeen. “Kehidupan saya setiap hari ialah hari yang gembira. Saya ada keluarga, kawan dan paling penting adik kecil yang saya sayang. “Saya akan tersenyum melihatnya setiap pagi dan selepas penat balik kerja. Dia adalah sebab untuk saya rasa bahagia,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media Melur Untuk Firdaus musim kedua.
Mempunyai jumlah peminat yang ramai hari demi hari, pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen itu mengakui populariti tidak pernah mengubah peribadinya. “Sejujurnya saya tidak pernah rasa popular atau memiliki nama yang besar. Saya merasakan perjalanan saya masih jauh. Itulah sebabnya bila jumpa orang, saya akan tunduk dan masih tegur mereka walaupun mereka tak tegur saya. Saya tak rasa saya dah tinggi. “Mengekalkan nama dalam bidang ini memang susah kerana makin ramai pelakon hebat yang hadir setiap hari. “Cara saya bertahan ialah dengan memilih projek yang bagus. Buat masa sekarang, saya fokus Melur Untuk Firdaus musim kedua kerana itu keutamaan saya tahun ini. Selepas ini banyak lagi naskhah berkualiti,” tambahnya. Sumber: Getaran
|
Kancilkering replied at 22-3-2023 08:29 PM
jauh gap adik abang….silap org ingat tu anak…terror mak merqeen beranak lewat….
ADVERTISEMENT