Jika sebelum ini sering digosipkan bersama, terbaru muncul pula desas-desus Meerqen dan Anna Jobling saling bermasam muka. Aktres itu bagaimanapun tidak mahu ambil pusing mengenai dakwaan berkenaan.
Pelakon taruh siri drama Melur Untuk Firdaus itu mengakui sesekali mereka ada berselisih pendapat sama seperti manusia yang lain. Namun, semuanya berakhir dengan perbincangan tanpa menarik muka. “Orang cakap macam-macam mengenai kami. Kalau kami ada berbeza pendapat, saya dan Meerqeen akan bincang elok-elok. Ia bagi mengelakkan salah faham. Saya dan Meerqeen di set baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media tayangan drama Melur Untuk Firdaus musim kedua. Bukan itu sahaja, sebaik sahaja drama Melur Untuk Firdaus yang pernah mencetuskan fenomena di sudah memasuki musim kedua, semakin hebat dan kuat pula harapan peminat agar Meerqeen dan Anna menjadi kekasih yang sebenar di dunia nyata sehingga ada yang mewujudkan sebuah tanda pagar khas buat mereka berdua.
“Sebenarnya semua drama pun penonton akan kenenkan antara hero dan heroin drama itu.Tapi bila drama itu sudah tamat, penonton akan lupa. Bila kamu sudah berlakon dengan pasangan yang lain, mereka akan move on. Namun memandangkan kami sedang giat mempromosikan drama ini untuk musim kedua, maka saya dan Meerqeen akan dilihat kerab bersama-sama,” tambahnya. Melangkah melebarkan kariernya untuk tahun ini, Anna mendedahkan sudah menerima banyak tawaran berlakon termasuk daripada negara jiran. Selepas lebaran, pelakon itu bakal membintangi sebuah naskhah daripada Indonesia yang belum didedahkan judulnya. “Saya tengok apa tawaran yang diberikan dan kita akan rancang karier secara strategik bersama-sama pengurus saya. “Melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara memberikan saya motivasi untuk berlakon. Kita ada banyak bakat tempatan yang tidak kurang hebatnya namun mereka belum cukup ruang untuk kehadapan. “Saya rasa ia satu peluang yang sangat untuk menembusi pasaran Indonesia. Sebelum ini memang saya ada dapat tawaran berlakon filem dan drama di sana tapi tidak dapat dipenuhi kerana bertindih dengan komitmen lain. Tapi lepas raya saya akan fokus dengan satu tawaran filem di Indonesia. Ia juga menjadi debut saya dalam filem,” katanya tersenyum.
|
ADVERTISEMENT