CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesin ATM dilarikan

28-6-2013 11:48 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3744| Komen: 13

Description: JOHOR BAHRU – Sebuah mesin ATM berjaya dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian jam 1 pagi, di Desa Cemerlang, di sini, semalam. Rompakan yang menggunakan kenderaan jenis Hilux sebagai jentera . ...


JOHOR BAHRU – Sebuah mesin ATM berjaya dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian jam 1 pagi, di Desa Cemerlang, di sini, semalam.

Rompakan yang menggunakan kenderaan jenis Hilux sebagai jentera pengangkut dipercayai telah dirancang rapi kerana kelibat kenderaan itu dikesan kakitangan bank tersebut beberapa hari sebelum kejadian.

Seorang kakitangan bank yang enggan dikenali mendakwa beberapa kali ternampak kenderaan itu di kawasan tersebut.

Modus operandi kumpulan  tersebut ialah memandu kenderaan terbabit menuju ke pintu masuk bank berkenaan yang kemudiannya bertindak merantai mesin ATM lalu memecut laju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan menubuhkan satu unit khas bagi menyiasat kes tersebut.

“Kami akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis terbabit bagi menjalankan siasatan,” katanya, di sini, semalam.

Zainuddin percaya kejadian itu turut mempunyai kaitan dengan cubaan membawa lari mesin ATM di Taman Daya, Rabu lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jumlah  wang dalam mesin ATM masih belum diketahui dan akan disiasat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote undark 28-6-2013 11:34 AM
mana guard?
Quote lixdo 28-6-2013 11:43 AM
undark posted on 28-6-2013 11:34 AM
mana guard?

local bank malaysia biasa tak letak guard kat atam waktu malam

Quote undark 28-6-2013 11:49 AM
owhh ye ke? padan la selalu kena rompak... sape suh x nak hire guard.. malaysia kan negara aman kot...
Quote nicuya 28-6-2013 12:21 PM
mmg cemerlang penduduk desa cemerlang
Quote d-7-0ne 28-6-2013 12:25 PM
kes terpencil kata muntri....
Quote MissMamamia75 28-6-2013 02:55 PM
sng benor nak curi mesin ATM kat Malaysia ni..
yg rugi syarikat Insurans jugak...

kalu kat oversea , byk dah diorang practise...the moment mesin ATM tu di pecah secara paksa..
"Anti Theft Device' yg dipasang..akan kluarkan ink kaler2..automatik spray ink tu ke atas smua duit yg ada dlm mesin..
Cth kat Brazil (Sao Paulo) - diorg guna kaler Pink..so sapa2 yg bayar guna duit yg ada ink kaler Pink ni..
xkan diterima & nilainya pun xde..sbb confirm duit curi...if tiba2 kita withdraw duit kat mesin ATM tu...dpt duit ada ink kaler pink..
leh tukar kat bank...simpan slip statement tu..

UK pun ada practise mcm ni...
some info..
http://www.grgbanking.com/en/exh ... y%20-GRGBanking.pdf


Quote put3reen 28-6-2013 03:13 PM
MissMamamia75 posted on 28-6-2013 02:55 PM
sng benor nak curi mesin ATM kat Malaysia ni..
yg rugi syarikat Insurans jugak...

haah.. betul..iols 1st time thu psal ni bila tngok citer CSINY pasal rompakan ni
Quote dubuk 29-6-2013 12:37 AM
sedap lah kau tidur peluk mesin malam2 happy hour enjoy sama amoi
Quote noell 29-6-2013 12:46 AM
MissMamamia75 posted on 28-6-2013 02:55 PM
sng benor nak curi mesin ATM kat Malaysia ni..
yg rugi syarikat Insurans jugak...

tapi kemungkinan besar ink yg akan digunakan di sini akan hilang dgn mudah apabila dibasuh walaupun dijamin kekal 2 bulan??? how??
Quote kakikuDibibirmu 29-6-2013 01:07 AM
bukan ka bom mulutup pun ga mampu buka sama itu ATM ?
Quote kakikuDibibirmu 29-6-2013 01:13 AM
panggil mesin ATM, padahal dalam singkatan ATM tu pun sudah ada perkataan Machine, mesin Auto-Teller Machine

sama superti ummah yang subut pintu gate dah tutup ka bulum?
jalan chow kit road

Quote Al-Patih 29-6-2013 05:49 AM
apo nak meke kesahkan ..insuran bolih tuntut ....
Quote batmana 29-6-2013 07:19 AM
patut letak gps tracker aja dlm tu..

bole track terus ke umah pencuri ni..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.112943 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top