CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Sewa Sampai RM35 Ribu? 'Ayahanda' Bolot Tapak Bazar Ramadan, Jual Balik Dengan Harga Berlipat Kali Ganda

22-3-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6416| Komen: 32

Kuala Lumpur: Monopoli tapak dan jual dengan harga tinggi. Itu dilakukan individu atau ejen bergelar 'Ayahanda' yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri.


Individu berkenaan dikatakan membolot tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri yang diuruskan pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta dijual kepada pihak ketiga dengan harga tinggi.

Antara lokasi tapak bazar yang popular ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, bazar Ramadan Kelana Jaya, bazar Ramadan Sentosa dan beberapa lokasi strategik lain.


Gambar Hiasan

Wartawan Harian Metro yang menghubungi beberapa 'Ayahanda' berkenaan turut ditawarkan tapak dengan harga sehingga RM35,000 bergantung kepada lokasi perniagaan.

Seorang individu yang mengaku menguruskan tapak di beberapa lokasi memberitahu harga tapak berbeza mengikut lokasi.


"Saya akan hantar senarai tapak dan lokasi, nanti abang pilih dan kita jumpa, kalau setuju saya akan masukkan nama abang sebagai pembantu jualan di lesen sementara yang dikeluarkan.

"Kalau jadi apa-apa (pemeriksaan) saya akan turun (ke lokasi), jadi tiada isu jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur datang periksa," katanya.

Menurutnya, kebiasaannya peniaga akan menyewa sehingga tiga lot tapak dan sanggup membayar harga yang tinggi kerana lotnya strategik.

"Jika berminat kena beritahu awal sebab ramai yang nak sewa dan sanggup bagi harga tinggi lagi dari ini. Tahun lalu ada yang untung berlipat kali ganda.

"Kalau nak 'deal', kita jumpa depan-depan baru senang untuk saya jelaskan cara bayaran," katanya.

Seorang lagi individu yang juga bergelar Ayahanda mengiklankan sewaan tapak bazar Ramadan di media sosial.

Wartawan yang menghubungi nombor telefon tertera dimaklumkan lot tapak bazar Ramadan di Sentosa, Jalan Klang Lama sudah habis dan diminta untuk mencari di tapak lain.

"Sini dah habis, kami jual RM5,000 orang sanggup bayar, kalau nak saya cari tapak tetapi di tempat lain," katanya.

Sementara itu, di Petaling Jaya, individu yang mendakwa mengawal daerah terbabit turut menawarkan sewaan tapak bazar Ramadan.

Ketika dihubungi, lelaki terbabit bertanyakan kawasan mana dimahukan untuk disewa dan jenis perniagaan yang ingin dijalankan.

Katanya, terdapat peniaga yang sudah mendapat tempat untuk berniaga dan ingin menyewa tapak di Kelana Jaya.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang perlu dibayar walaupun berkali-kali ditanya.

"Ada peniaga nak jual tapak 'hot'. Nanti jumpa saya," katanya.

Kuala Lumpur: Syarat ketat dan tempat terhad antara alasan diberikan peniaga yang sanggup menyewa tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan kadar tinggi.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Wahab, 50, berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menetapkan syarat permohonan lot bazar perlu mempunyai lesen penjaja.

"Bukan semua peniaga ada lesen penjaja. Ada juga peniaga yang memang beroperasi dari rumah dan memilih untuk berniaga di bazar ketika musim perayaan.

"Sebab itu ramai peniaga sanggup mengeluarkan modal yang tinggi dengan menyewa daripada 'orang tengah', lagipun prosesnya sangat mudah dengan hanya beri nama dan nombor kad pengenalan," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Dia mendakwa walaupun sistem cabutan undi lot tapak dilakukan namun kebanyakan lot tapak diperoleh peniaga yang sama.

"Ada yang sudah bergenerasi berniaga di bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, takkan tiap-tiap tahun dia 'luck' (bernasib baik) dapat lot di kawasan sama?

"Bayangkan jika hanya 200 tapak ditawarkan dengan lebih 1,000 permohonan diterima, adakah kita akan sentiasa bernasib baik," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Azliah Hafiz, 45, berkata, bukan menghairankan jika bazar akan dipenuhi peniaga 'Rambo' (penjaja tiada permit).

"Lebih baik bayar kompaun dan tidak perlu membayar tapak niaga. Kelompok peniaga Rambo ini juga tidak perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan seperti yang dikenakan terhadap peniaga sah.

"Kebanyakan mereka ini terdiri daripada peniaga sedia ada di sesebuah lokasi atau peniaga bidan terjun yang membuka gerai hanya ketika Ramadan," katanya.

Menurutnya, bukan semua peniaga mampu menyewa tapak dari orang tengah kerana harga sewaan terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

"Kalau fikir balik, lebih baik berniaga secara haram dan bayar kompaun, orang asing boleh buat kenapa kita tak boleh buat.

"Saya ada tengok orang iklankan tapak berniaga di bazar. Bila kami hubungi memang tidak masuk akal harganya dan pelik bagaimana mereka ini boleh dapat tapak," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 22-3-2023 01:09 PM
Bila dah komplen baru pihak berkuasa bertindak.. untuk kali ini sahaja
Quote uori 22-3-2023 01:13 PM
bolehland, semua boleh
Quote Firenzza 22-3-2023 01:19 PM
"Kalau jadi apa-apa (pemeriksaan) saya akan turun (ke lokasi), jadi tiada isu jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur datang periksa," katanya.

....baekkk punya kowtim
Quote xy_daen 22-3-2023 01:21 PM
Budaya Melayu
Quote PULANGKAN 22-3-2023 01:32 PM
pastu yang meniaga kuih basi

karipap oksigen

air soya minum busuk

harini menyumpah

besok tu, hujan lebat, ribut kuat

malam tu, masuk berita, khemah bazaar terbang dan rosak, peniaga rugi

gitu lah style tiap tahun
Quote airfilterkotor 22-3-2023 01:38 PM
Taun-taun sudah sebelum covid penah jadi isu. Pastu DBKL pantau.

Sekarang naik balik.
Kalau tak tido, pelincir bawah meja... dua mende ni jer.
Quote Bipolajourney 22-3-2023 02:03 PM
PULANGKAN replied at 22-3-2023 01:32 PM
pastu yang meniaga kuih basi

karipap oksigen

bau @oyo_miow
Quote PULANGKAN 22-3-2023 02:06 PM

salah bau kaka

kita ni bau-bau bunga sundal malam
Quote bulalof 22-3-2023 02:16 PM
penguatkuasa undang2 tak boleh harap. so apa lagi yg boleh diharapkan?
Quote krustykrab 22-3-2023 02:21 PM
Yg bermasaalah ni peniaga² yg takde lesen lah. Diorg yg menggalakkn org tgh ni. Ujung² tuduh majlis
Semoga ayahnda bonda atoknda ni duduk dlm neraka selamanya.
Quote SWORKS27 22-3-2023 02:23 PM
celaka punya ayahanda celup ni...haram jadah.makan duit mudah..macam setan
Quote zuliana29 22-3-2023 02:28 PM
pastu letak sewa mahal,
pastu peniaga letak harga mknn mahal
pastu kita pun beli mknn yg kadang2 rasa ntah apa2..
Quote pocongkiutss 22-3-2023 02:32 PM
Aikk..hr tu kemain ckp taun ni ada pembaharuan ..tgk2 sama je nan hado
Quote ifanonline 22-3-2023 02:34 PM
pihak berkuasa korup, rakyat marhain pun korup juga
Quote ifanonline 22-3-2023 02:35 PM
bagi aku, mungkin sudah tiba masanya rakyat boikot aje bazar ramadan ni...
Quote syaz_lina 22-3-2023 02:37 PM
gila 35k..tlg la sapa yg keluar lesen ni bijok sikit dlm buat penguatkuasaan tu.
Quote yenil95 22-3-2023 02:38 PM
patutla jual barang harga yahudi. Tapi masih boleh untung banyak.

Kesianla org mcm iol yg terpaksa beli kuih utk berbuka sbb kerja tak sempat nak buat.
Quote akies 22-3-2023 02:40 PM
Good luck je la pada peniaga yang dapat tapak.
Bayar mahal2..kalau ramai pembeli..bolehla balik modal tu.
Jangan lepas seminggu kuar news mengeluh lak org tak kuar berbelanja.
Quote sayurmayur88 22-3-2023 02:56 PM
pabila semua nak dikomersialkan

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043349 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top