Rata-rata mengakui sesi persekolahan tahun ini agak kelam-kabut kerana banyak perkara yang memerlukan perbelanjaan besar berlaku serentak atau berturut-turut. Seorang peniaga makanan, Noor amira Amiruldin, 36, mengakui dia perlu berhati-hati dalam membuat bajet mini keluarganya ekoran perlu melakukan persiapan bagi sesi persekolahan 2023/2024 untuk tiga anaknya menyambut Ramadan dan persiapan raya. Bagaimanapun, katanya, dia tetap memberikan yang terbaik untuk keselesaan anak-anaknya. “Saya hanya belikan sepasang pakaian sekolah untuk mereka bersama kasut serta keperluan lain seperti alat tulis dan sebagainya. Itupun saya beli sejak awal tahun lagi bagi mengelakkan terguna wang yang telah diasingkan. “Memang kena berjimat-cermat kali ini memandangkan saya terpaksa duit yang ada termasuk wang simpanan untuk ‘menampal’ mana yang lompong bagi kegunaan berniaga sepanjang Ramadan,” katanya kepada Kosmo!
Menurut Noor Amira, kenaikan harga peralatan serta kelengkapan sekolah termasuk buku-buku ketika ini membuatkan dia dan suami, Mohd. Zafril Asrudin, 37, terpaksa mengutamakan keperluan berbanding kehendak. “Kami beli buku wajib dahulu seperti buku kerja dan sebagainya. Untuk buku latihan pula, jika buku lama masih boleh digunakan, kami akan guna. Alhamdulillah, anak-anak saya memahami,” ujarnya. Sementara itu, seorang ibu tunggal dan juga peniaga kuih yang mahu dikenali sebagai Lina, 40, berkata, dia terpaksa mengutamakan pembelian buku untuk tiga anaknya selain memakai pakaian sekolah lama yang dibeli dengan saiz lebih besar tahun lalu. “Anak-anak memahami keadaan saya dan tidak langsung merungut untuk meminta pakaian sekolah baharu. Cukuplah dengan membuka semula jahitan pada kaki seluar dan kain serta tangan baju kurung sekolah. “Saya perlu berjimat dan simpan duit modal membeli barangan membuat kuih untuk dijual pada bulan Ramadan nanti,” ujarnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
krustykrab replied at 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?
krustykrab replied at 22-3-2023 04:39 AM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?
krustykrab replied at 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?
krustykrab replied at 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?
green~tea replied at 22-3-2023 01:36 PM
Beli groceries kot.. sbb banyak nak masak kat rumah
Samerosie replied at 22-3-2023 01:35 PM
Maybe sebab dia nak kumpul modal untuk berniaga kut.
krustykrab replied at 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?
ADVERTISEMENT