CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Serlah Bakat Tarian & Keyakinan Dengan Hiruscar Post Acne

1-10-2015 07:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4431| Komen: 0

Para pemenang Pertandingan Tarian Hiruscar Post Acne Step Up 2015 telah diumumkan sejurus selepas tamatnya pertandingan akhir di Paradigm Mall. Acara kemuncak tahun ini mengkehendaki para peserta untuk menggabungkan gerak tari Hiruscar Post Acne ke dalam koreografi tarian mereka, di samping mempersembahkan bakat mereka di atas pentas.  


Sebelum pertandingan akhir diadakan, 10 pasukan telah dipilih berdasarkan video tarian yang dirakam di kampus dan sekolah masing-masing. Rejuvenate Dance Crew, dari Bandar Klang telah muncul juara di pertandingan akhir tarian Hiruscar Post Acne Step Up dan menerima hadiah wang tunai utama bernilai RM 2,500. Kru Inversion meraih tempat kedua dan menerima RM 1,500; manakala Kru HyperActive menduduki tempat ketiga dan membawa pulang RM 500. Pasukan-pasukan yang tidak berjaya menerima hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan. 


Florence Chan, Pengurus Kanan Produk Healthcare Consumer Health, yang turut hadir di pertandingan akhir itu berkata, “Pihak kami berbangga kerana pertandingan ini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Peserta akhir pada hari ini begitu hebat dan bagi kami mereka semua adalah pemenang. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi batu loncatan bagi orang ramai mengekspresikan diri di samping membina tahap keyakinan diri menerusi tarian. Bagi pihak Hiruscar Post Acne, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas daya usaha dan sokongan berterusan terhadap pertandingan tarian tempatan.”




“Sungguhpun amat mencabar, ternyata kesempatan untuk menyertai pertandingan tarian Hiruscar Post Acne Step Up menjadi suatu pengalaman yang menakjubkan. Ini adalah satu platform terbaik untuk kami bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menyerlahkan ciri-ciri terbaik diri kami dalam menghadapi cabaran pertandingan tarian. Salah satu pengalaman yang berharga ialah belajar untuk meningkatkan keyakinan diri – pertandingan tarian ini menggalakkan kami untuk tampil ke hadapan dan merasa lebih yakin diri demi mencapai matlamat yang dingini,” kata Danny Lee, ketua pasukan Rejuvenate Dance Crew.

“Masalah kulit seperti jerawat dan kesan parut jerawat pada muka adalah masalah biasa bagi rakyat Malaysia yang terpaksa menanggungnya sekian lama. Antara gejala-gejala emosi yang timbul akibat daripada masalah kulit ialah kemurungan, kerisauan, kurang sifat ketegasan, menyendiri dan kurang bergaul, kurang keyakinan diri dan rasa rendah diri. Pertandingan tarian ini pada asasnya penting untuk menolong anak-anak muda menyerlahkan diri mereka sebenar dan mengekspresikan diri dengan penuh yakin menerusi tarian.”


Pertandingan ini diadili oleh panel juri selebriti terdiri daripada para penari profesional tempatan iaitu Dennis Yin, Rebecca Lee dan Kelvin Low. 

Para peserta yang layak menyertai peraduan media sosial “Guess the Winner of the Step Up Dance Competition”  diumumkan dalam laman rasmi Facebook Hiruscar pada 15 September 2015. 

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila layari www.hiruscar.com.my/stepup.
11

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.029211 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top