CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Rose Bangga Jadi Duta Barang Kemas, Pernah Beli Cincin Berlian RM10 Ribu Guna Duit Bayaran Berlakon

20-3-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6139| Komen: 8

Sharifah Rose mengenang semula memori di awal penglibatannya dalam dunia lakonan di mana dia menggunakan gaji bayaran pertama sebagai pelakon untuk membeli cincin berlian bernilai RM10,000.

“Paling mahal saya pernah beli adalah cincin berlian dalam RM10,0000. Masa tu pertama kali dapat payment untuk drama.

“Saya tak nak beli sesuatu benda yang bukan-bukan. Jadi mak saya kata beli barang yang saya akan ingat dan boleh pakai,” katanya.

Foto: IG

Menyentuh soal pelaburan, Rose yang popular sebagai pempengaruh sebelum terjun ke dunia lakonan gemar mengumpul tas tangan dan barangan kemas.

“Bila bercakap soal investments ini, saya suka tas tangan dan barangan kemas. Tapi jika fikir lebih kepada long term, saya akan pilih barangan kemas lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.

“Barang kemas ini adalah satu perkara yang sangat dekat dengan keluarga saya. Saya hanya ada seorang adik lelaki, dan saya seorang anak perempuan sulung. Dari kecil mak saya suka pakaikan semua barang kemas pada saya,” katanya lagi.




Meluahkan rasa teruja atas rezekinya buat pertama kali menjadi duta Habib, segala proses untuk menjadi wajah jenama itu berlaku dengan pantas iaitu sekitar Disember lalu.

“Saya rasa sangat overwhelming dapat bekerjasama dengan brand besar, Habib yang dah 65 tahun. Sebelum ini nama-nama besar yang menjadi duta Habib seperti Rozita Che Wan dan Anzalna.



“Semasa shooting sangat teruja sebab saya tak pernah nampak set barangan kemas harga berpuluh ribu dan pakai dalam masa sehari. Macam mimpi bekerja dengan Habib. Satu rezeki yang sangat luar biasa untuk bekerja dengan Habib di usia yang sangat muda. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 20-3-2023 05:17 PM
Wah... Berlakon 1 drama terus dapat 10k...
Quote rayna_raynes 20-3-2023 05:55 PM
Rose memang sesuai jd duta habib. Sebelum ni barang kemas selalu retis yg dah 30an jadi model.
Quote kaedahnya 20-3-2023 10:25 PM
lawa budak ni tapi ada satu gambar dia freehair nampak biasa pulak
Quote royaldanish 20-3-2023 10:31 PM
Cantik dik
Quote ilacantik 20-3-2023 10:56 PM
Investment tas tangan dan barang kemas. Barang kemas tu okey dik, tapi tas tangan? Nanti jadi macam kakpam, menyara hidup dgn menjual henbeg dan kasut busuk.
Quote dudaberhias 20-3-2023 10:58 PM
mujur duta barang kemas... sheols memang sesuai la untuk duta barang kemas macamtu... ada la sharp2 look gittew!
Quote hokeypokey 20-3-2023 11:13 PM
tahniah dik beli duit sendiri
Quote bankerpencen 20-3-2023 11:28 PM
Masih tak faham kenapa dia ni famous. Banyak lagi pompuan cantik2.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045403 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top