Raysha Rizrose berkata kehidupannya berubah selepas mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta Formula 3 (F3) iaitu Nabil Al-Jefri pada 23 Februari lalu. Kata Raysha dia masih lagi dalam fasa cuba membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri malah masih banyak perkara perlu dipelajari tentang alam rumah tangga.
"Alhamdulillah saya masih membiasakan diri sebagai isteri, masih banyak tanggungjawab yang perlu saya belajar memandangkan masih baru berkahwin. "Apatah lagi apabila ada pasangan di rumah, tapi saya syukur dengan kehidupan sekarang dan kadang-kadang saya terfikir adakah ini maksudnya bahagia," katanya.
|
bankerpencen replied at 20-3-2023 11:16 PM
Dia ni muka biasa sangat. Dah makeup baru ok sikit.
ADVERTISEMENT