Shima Anuar kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan dah cecah lima bulan. Namun pelakon ini 'cuak' apabila mengalami hidung berdarah kerana tidak pernah berdepan masalah sama pada kehamilan sebelum ini.
Shima,32 atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar berkata dia bagaimanapun bersyukur kerana ramai yang mengatakan hal itu normal untuk ibu mengandung. "Saya okay. Cuma pagi ini ada keluar darah lagi kat hidung. Saya rasa panas dalam kot. Nanti kalau teruk lagi kena periksa dengan doktor. Kerana ramai yang cakap ia normal kalau hamil hidung berdarah. "Ini kali pertama saya kena macam ini. Dulu tak pernah pula. Itu yang terkejut sedikit. Yang lain semua okay. Cuma kehamilan kali ini saya punya 'morning sickness' teruk gila. "Trimester pertama tempoh hari paling teruk sampai tak boleh bangun. Kalau bangun rasa nak pitam. Sekarang sudah okay sedikit. Setakat ini juga tak ada mengidam apa-apa," katanya seperti dipetik di Harian Metro.
|
Ubatgegat replied at 20-3-2023 11:30 PM
Faktor usia?
Usia dia ke usia suami dia?
LOL
ADVERTISEMENT