Anwar berkata demikian ketika sesi soal jawab terbuka bersama belia yang diadakan buat julang kalinya di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
Anwar, berkata tindakan kerajaan memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai RM10,000 ke bawah adalah bagi membolehkan wang itu dilabur oleh KWSP.
Katanya, pemberian RM500 itu akan memberi dividen dan wang tambahan kepada simpanan persaraan pencarum.
"Sebab itu saya ambil keputusan bagi RM500 kepada mereka yang mempunyai RM10,000 ke bawah… ia akan memberi manafat, walaupun bukan hari ini, tapi ketika bersara esok, tiga atau empat tahun.
"Tak ramai sebenarnya yang mendesak, hanya sebilangan kecil, tetapi kerana dijadikan isu politik, ia menjadi besar," katanya.
Sumber: HARIAN METRO