Sambutan hangat drama bersiri 'Projek: High Council' sejak ditayangkan sekali gus memberikan tempias populariti kepada pelakonnya.
Nadhir Nasar yang juga salah seorang pelakon taruhan untuk drama ini tidak terfikir naskhah yang mengangkat kehidupan pelajar sekolah asrama lelaki itu menyentuh hati ramai penonton.
"Kita tak tahu drama ini akan meletup sedemikian rupa. Ya, memang kami ada meneka ia mungkin akan berhasil. Namun, apa yang lebih penting ialah kami semua sangat bersungguh-sungguh menjayakan drama ini.
"Menjalani penggambaran lebih sebulan untuk banyak babak pergaduhan sangat memenatkan. Namun, inilah yang kami lakukan untuk memberikan perubahan kepada industri.
"Ada yang kata, 'alah... peminat saya semua budak-budak'. Tapi kena ingat, kalau mereka berusia 16 tahun pada hari ini, 10 tahun akan datang mereka semua sudah 26 tahun.
"Ketika itu mereka bukan lagi budak dan di situlah perubahan akan berlaku," katanya.
Rantaian 'Projek: High Council' sudah melabuhkan tirai menerusi episod terakhir yang ditayangkan pada Sabtu (semalam).
Sumber: GETARAN
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My