CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wow! Filem Pulau Catat Kutipan 'Box Office'

19-3-2023 05:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 536| Komen: 3|Original author: Tatod

Penerbit filem Pulau, Fred Chong tetap gembira apabila karya sensasi produksinya yang bergenre 'supernatural thriller' dan mistik itu sudah berjaya mencatat kutipan 'box office' sebanyak RM2 juta pada minggu pertama tayangan.

Fred berkata dia melihat ia sebagai permulaan yang baik dan positif untuk karya itu. Katanya, selepas kontroversi yang berlaku sebelum tarikh tayangan di pawagam, filem berkenaan tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.


"Ia adalah satu permulaan yang baik buat kami. Terima kasih kepada semua penonton yang sudah menonton filem Pulau di pawagam. Kami amat mengharapkan agar filem ini menepati cita rasa penonton di luar sana. Saya mengharapkan sambutan diberi akan berterusan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Fred berkata, pihaknya juga berasa amat bangga apabila naskhah Pulau itu berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara dan sudah pun ditayangkan di pawagam di Singapura. Jelasnya, pada 22 Mac ini pula, Pulau mula  ditayangkan di pawagam terpilih di Indonesia.

"Baru-baru ini juga, berlangsung sesi jelajah di Singapura dan Indonesia yang dihadiri barisan pelakon Pulau seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Ms Puiyi dan Joey Leong. 

"Sungguh tidak disangka, sesi jelajah kami di dua buah negara ini mendapat sambutan yang hangat apabila barisan pelakon filem Pulau diserbu peminat yang sudah menunggu-nunggu kemunculan mereka,' katanya.


Filem Pulau arahan sutradara dikenali Euho dan skrip ditulis Puovin dan Tommy Loh mengisahkan  sekumpulan anak muda yang berkunjung ke sebuah pulau dan kemudian mereka berdepan dengan pelbagai kejadian mistik tidak diduga.

Menemui penonton tanah air di 124 pawagam pada 9 Mac lalu, Fred mensasarkan Pulau meraih kutipan lebih RM7 juta walaupun 10 babak dalam filem itu terpaksa dipotong untuk mendapat klasifikasi PG13, serta tayangan di Terengganu diharamkan oleh kerajaan negeri itu. 


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote intan244 20-3-2023 10:06 AM
siapa yg dah tgk sila review
Quote Paiya 20-3-2023 09:27 AM
aku belum tengok movie ni
tapi kawan yang dah tengok
bagi review yang bagus juga
Quote Kancilkering 19-3-2023 10:54 PM
ok le tu balik
modal

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.026276 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top