Menerusi sebuah video tular, netizen memuji seorang gadis selepas dia berkongsi rakaman transformasi fizikalnya menerusi media sosial. Dalam video tersebut, Adnin Tasneem, 26, menunjukkan keadaan dirinya ketika dia memiliki berat badan 89 kilogram pada 2020.
Berusaha menurunkan berat badannya, wanita itu kini tersenyum bangga dengan berat badan terkini sekali gus mengubah banyak perkara dalam hidupnya. Mesra disapa sebagai Tasneem, dia awalnya tidak menyedari perbezaaan pada badannya namun mula membuat perubahan demi mengekalkan kesihatan diri. |
ADVERTISEMENT