Menerusi temu bula bersama Melodi, pelawak, Ali Puteh mendedahkan keluarganya seolah-olah dilanda ujian baru tatkala umat Islam bakal memasuki Ramadan yang hanya beberapa hari sahaja lagi.
Ditanyakan mengenai perkembangan bayaran saman RM60 ribu, Ali mengakui dia belum membuat sebarang pembayaran kerana sumber pendapatannya kini terjejas. Ia susulan kerjaya seninya yang tidak rancak seperti dahulu termasuklah tiada tawaran untuk program TV. Terbaru, Ali dikejutkan pula apabila menerima notis daripada mahkamah bahawa rumah atas nama ibunya, Allahyarhamah Sabariah Arshad pula bakal disita. Dia mempersoalkan kaitan aset tersebut dengan saman berjumlah RM60 ribu sedangkan perkara itu hanya membabitkan pihaknya dan Norhidayah sahaja.
Pada masa sama, Ali turut memohon agar Norhidayah menghentikan memuat naik hantaran berbentuk fitnah terhadap pihak keluarganya. Mengulas mengenai video datang ke rumah arwah Abam pada bulan lepas, Ali menjelaskan ia hanyalah cubaan fitnah kerana peguam Norhidayah sendiri mengesahkan ada berborak dengan abang iparnya pada hari kejadian dan bukannya tiada langsung seperti yang didakwa - CARI Sumber: MELODI |
opie5662: Byk terms sebenarnye.. Mgkn dayah ade buat tuntutan suruh baya n bile takleh bayar harta mmg boleh di sita dan di lelong. Rasa nye mgkn rumah mak sdie ...
elnor_81: Kenapa umah mak dia nk.sita?um ...
Kurex: Dah la muka buruk busuk kepam ...
makneng: Awal nau mak masuk sini..
ADVERTISEMENT