Selepas kejayaan drama Suamiku Lelaki Pendosa, pelakon, Gambit Saifullah mendedahkan pernah menerima beberapa tawaran sebagai lelaki songsang. Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Mohd Saifullah Rosli, 38, terpaksa menolak semua tawaran berkenaan kerana mahu mengekalkan eksklusiviti watak Izfairin yang dijayakan menerusi siri tersebut.
"Lepas drama Suamiku Lelaki Pendosa, saya ada terima beberapa tawaran watak sama tapi saya tolak kerana rasanya biar ia menjadi watak eksklusif. "Kalau saya mahu kembali memegang peranan sebegitu, mungkin dalam versi filem drama itu, kalau projek lain saya kena pertimbangkan dahulu," katanya. Dalam pada itu, Gambit turut meluahkan rasa syukur kerana menerusi drama itu dia berjaya membawa pulang trofi kategori Pelakon Antagonis Terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung baru-baru ini. Kekok melakonkan watak tersebut, Gambit bagaimanapun mengolah karakter itu sendiri tanpa membuat rujukan dengan menonton drama atau filem berkaitan dengan lelaki songsang.
|
ADVERTISEMENT