Baru-baru ini, nama pelakon Ummi Nazira menjadi perbualan apabila wanita itu menjayakan watak sebagai Salina menerusi drama Rindu Kasih ditayangkan di TV3.
Ketika babak pergaduhan bersama ibu mentua lakonan Fazlina Datuk Ahmad Daud yang menyaksikannya berubah menjadi psiko, Ummi berjaya memukau dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Mengulas lanjut, anak kelahiran Besut, Terengganu itu menyedari hakikat tidak semua watak boleh digalas dalam keadaan dirinya berhijab. Justeru, katanya, dia perlu tampil dengan pelbagai inisiatif tambahan di samping berusaha lebih menghidupkan watak supaya dapat memberi kelainan. "Saya terbuka dengan apa sahaja watak diberikan pada masa akan datang. Walaupun pasti akan ada sedikit persamaan, tetapi sebagai pelakon, saya perlu mencari kelainan. "Disebabkan berhijab, tak semua watak sesuai untuk dibawa. Jadi, tanggungjawab saya membina karakter tersendiri supaya tidak nampak sama. "Saya mengikuti kelas lakonan untuk menjayakan setiap watak diberikan. Sebagai contoh, saya ambil kelas lakonan terlebih dahulu dengan Fatimah Abu Bakar ketika membintangi drama Risik Pada Hati, tahun lalu.
|
ADVERTISEMENT