Pelakon Mimi Lana memohon doa daripada semua selepas kekasihnya, Syafiq Kyle memaklumkan mereka bakal menamatkan zaman bujang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini. Pemilik nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggung jawab sebagai isteri.
"Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke suatu fasa yang lebih serius dalam hidup. "Tapi tidaklah gemuruh yang keterlaluan. Mungkin momen itu belum sampai lagi. Untuk waktu ini, saya banyak berdoa agar kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu sahaja yang saya harapkan," katanya. Mengulas mengenai persiapan perkahwinan, Mimi mengakui dia dan Syafiq tidak cerewet dan saling berbincang.
|
ADVERTISEMENT