Pelakon, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam mendedahkan tujuannya mengupah pengawal peribadi adalah untuk membantu mengawal dirinya agar tidak melakukan perkara buruk ketika berada di tempat awam.
Katanya kepada OhBulan!, Meerqeen memberitahu bahawa pengawal peribadinya atau lebih mesra dengan panggilan Abang Ijat, bertindak sebagai penjaganya yang akan memberitahui apa yang boleh dan tidak untuk dilakukan. "Kalau peminat mahu mendekati saya tidak akan kata no. Tetapi kalau terlalu ramai barulah saya akan minta bantua dia. Sebenarnya kehadiran pengawal peribadi lebih kepada untuk mengawal diri saya sendiri supaya tidak melakukan sesuatu secara tidak sedar. "Jika berada di tempat awam mungkin saya pun tak boleh nak kawal diri, jadi dia akan sentiasa ingatkan untuk berkelakuan baik," katanya. Tambahnya lagi, dia sentiasa menghargai para peminat yang sentiasa menyokongnya sepanjang kerjaya sebagai anak seni.
Sumber: OhBulan!
|
ADVERTISEMENT