Bagi pelakon Mierul Aiman yang melakonkan watak Fakhri menerusi siri Projek:High Council, dia mengakui kehidupannya kini banyak berubah dan menjadi buruan peminat. Pemilik nama sebenar, Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, berkata, dia sendiri terkejut dengan sambutan hangat penonton sehinggakan dia dan barisan pelakon lain diserbu peminat ketika terlibat dalam program promosi drama tersebut.
"Antara satu pengalaman baru yang saya rasa sekarang apabila ada yang tegur dan panggil nama saya ketika sedang berjalan walaupun saya pakai pelitup muka dan topi. "Bagi saya, ia satu perjalanan yang indah. Bila lagi nak rasa macam ni? Saya anggap ini sebagai satu harga yang perlu dibayar apabila bergelar pelakon," katanya. Disebalik populariti yang dikecapi kini, Mierul juga sedar bahawa ia tidak kekal lama dan semuanya bergantung kepada hasil kerja keras menjayakan watak terbaik dalam drama selepas ini.
Katanya lagi, apa dirasai ketika ini bukan jalan mudah tetapi percaya Tuhan telah menetapkan jalan terbaik untuknya dalam mencipta nama sebagai pelakon.
|
ADVERTISEMENT