CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Tahun Menanti, Guru Akhirnya Terima Lamaran Bekas Anak Murid

17-3-2023 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5892| Komen: 11

Bekas pelajar dan guru tular di media sosial selepas mereka diijabkabul dalam satu majlis di Pekanbaru, wilayah Riau.

Video dikongsi di laman TikTok menunjukkan pasangan itu melangsungkan hari perkahwinan lengkap dengan busana berwarna biru.



Putri dan Aldi mula berkenalan sejak 2017. – TikTok @silviahellena42

“Pelajar mengahwini guru yang cantik. Si pelajar jatuh cinta kepada gurunya sejak mula bertemu,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Hantaran itu turut memaparkan gambar lama guru wanita itu selain gambar majlis pernikahan pasangan yang mempunyai perbezaan usia lima tahun itu.

“Perbezaan umur lima tahun tidak memudarkan cinta si lelaki. Selepas menanti selama lima tahun, si lelaki melamar gurunya dengan perjuangan yang tidak mudah,” kata keterangan video itu.

Wolipop kemudian menemu bual guru tersebut, Putri Dariani, 26, yang kemudian memberitahu bahawa dia merupakan guru ko-kurikulum tarian sejak 2016.


Putri yang berkahwin dengan suaminya, Aldi Saputra Prasetiawan, 21, pada 3 Mac lalu menyatakan bahawa dia mula mengenali lelaki tersebut sejak 2017.



“Komitmen dan kegigihan Aldi yang terus berusaha untuk melamar saya menjadi penyebab saya menerima dia.

“Perjuangan dia untuk memperisterikan saya daripada gajinya hanya 1.8 juta rupiah (RM527) hingga ke tahap ini bagaikan satu pencapaian,” jelasnya.

Ketika ini, Putri masih bergelar guru sekolah manakala Aldi merupakan seorang pengendali mesin forklift.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 17-3-2023 12:54 PM
5 thn tu x jauh Sgt pun.. Igtkan 20 thn
Quote batmana 17-3-2023 02:12 PM
Kalu cikgu tu laki..murid tu pmpn.. ramai la tuduh cikgu tu pedofilia

Klu cikgu tu pmpn..ramailah kata dh jodoh, cinta tu buta la, blablabla

Sungguh double standard sgt
Quote AbukRokok 17-3-2023 05:45 PM
yummmm dpt pucuk hijau
Quote Suchi 17-3-2023 06:54 PM
Masalahnya cikgu tu umur baru 26 tp napa nampak mcm agak berumur?
Iols ingatkan cikgu dia acik2 rupanya bbnu juga.
Quote SiMontel 17-3-2023 07:16 PM
Suchi replied at 17-3-2023 06:54 PM
Masalahnya cikgu tu umur baru 26 tp napa nampak mcm agak berumur?
Iols ingatkan cikgu dia acik2 rupa ...

haaaa sama la dgn pendapat aku...
memula tgk..ohhh cikgu ni nampak berumur gak..mcm dah late 30s..alih alih bila baca article..ehh muda lagi cikgu ni...
Quote orangbiasaje 17-3-2023 07:33 PM
Suchi: Masalahnya cikgu tu umur baru  ...


Berumur ke? Nampak biasa je mcm lewat 20an lain. Itu kira cantik gak tanpa pembedahan cucuk bagai.
Quote orangbiasaje 17-3-2023 07:35 PM
Beza 5 tahun ok je, cuma tu la, sebab guru kan. Nanti dipersoalkan, mengajar tu ada pendam perasaan kat murid ka? Kalau ya, berapa ramai guru pendam perasaan kat anak murid? Kemudian tu, boleh caya lagi ke terhadap guru untuk jaga anak kita (cth utk lawatan sambil belajar atau tutoring), atau parents kena risau ada child grooming? Dari segi etika akan ada banyak persoalan.
Quote anony-mous 17-3-2023 08:02 PM
batmana replied at 17-3-2023 02:12 PM
Kalu cikgu tu laki..murid tu pmpn.. ramai la tuduh cikgu tu pedofilia

Klu cikgu tu pmpn..ramailah k ...

Mcm tu jgk kes dkt US. Cikgu prempuan hntar gmbar bogel dgn ank murid lelaki. Walaupon kena tindakan, tp budak2 lelaki semua tanya “knp zmn aku x ada dpt mcm tu?”

Klau sebaliknya, x ada pulak bdk2 prempuan nk gmbar vogel jgk jantan

Bkn dabel stended, tp lumrah laki n prempuan selamanya xkn berdiri sama tggi duduk sama rendah
Quote anony-mous 17-3-2023 08:03 PM
Suchi replied at 17-3-2023 06:54 PM
Masalahnya cikgu tu umur baru 26 tp napa nampak mcm agak berumur?
Iols ingatkan cikgu dia acik2 rupa ...

La baru 26 ke? Ingatkan tahap m!lf. Bdn pon mcm mak2
Quote yellowsky 17-3-2023 08:05 PM
Semua berita Indonesia jadi isu semasa Cari
Quote plywood 17-3-2023 09:29 PM
Tahniah.... tapi berita ni tak ada istimewa pun dari sisi negatif ker positif.. biasa jer

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.065905 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top