Kakitangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) cemas apabila salah satu ruang di Jabatan Farmasi hospital berkenaan terbakar kira-kira jam 4.05 petang pada Khamis. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jalan Rahang berjaya memadamkan api di lokasi kejadian. Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Harlina Abdul Rashid dalam kenyataan kepada media semalam dipetik Sinar Harian berkata, pasukan keselamatan hospital dan petugas hospital bertindak pantas membantu mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan pihak bomba.
FB Menurutnya, JBPM kini sedang menjalankan siasatan terhadap punca kebakaran. - CARI |
ADVERTISEMENT