MK K-Clique mendedahkan dia kini dalam fasa mencari pasangan hidup. Dalam temu bual bersama OhBulan, penyanyi rap itu tidak memberi sebarang komen mengenai hubungannya dengan seorang wanita yang tular di media sosial sebelum ini.
Katanya, ibunya, Kamariah sentiasa mendoakan agar dia segera berumah tangga melihatkan semua adik beradiknya sudah berkahwin kecuali dirinya. "Ibu memang mendoakan saya ke arah itu jadi perancangan itu memang sudah ada. Lagi pula bila tengok adik-beradik semua sudah melangkah ke alam rumah tangga, perasaan untuk kahwin juga semakin membuak-buak. Atas saya semua kakak-kakak dah kahwin dan adik lelaki saya seorang pun dah kahwin. Jadi tinggal saya sahaja. "Memandangkan urusan perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil lewa. Saya tidaklah berasa tertekan. Memilih seseorang untuk menjadi pendamping hidup bukanlah sesuatu mudah kerana kita nak hidup bersamanya bukan setahun dua," katanya.
Menurut MK, dia menginginkan seorang wanita yang memahami dirinya serta boleh membimbing dia dari sudut mental dan fizikal. MK juga mengakui zaman kini sudah berubah dan percintaan pun menakutkan. "Cukuplah sekadar saya katakan bahawa status saya sekarang sedang mencari," ujarnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT