CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Belasah Pekerja Mamak Di Cyberjaya

17-3-2023 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5260| Komen: 20

Dua lelaki bertindak memukul seorang pekerja dan membuat kekecohan di sebuah restoran di Cyberjaya, malam tadi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Twt_Cyberjaya, kelihatan pekerja tersebut mempertahankan dirinya ketika dipukul oleh individu yang memakai baju berwarna kelabu biru.




Seorang lagi individu yang memakai topi berwarna merah pula bertindak mencampak semua pinggan yang berada di atas penghidang makanan.

“Jangan letak tangan. Kau nak panggil polis? Panggil lah. Kau bagi tosai kau kat aku,” marah salah seorang individu terbabit.

Walau bagaimanapun, punca pergaduhan sebenar masih belum dapat dikenal pasti.



Di ruangan komen ada yang mendakwa dua individu tersebut berada dalam keadaan mabuk ketika membuat kekecohan itu.

“Yang baju hitam lengan biru dah mabuk teruk. Jalan dah melelong, tapi pukul tetap pukul. Yg topi merah tu mungkin ada minum sikit, tapi sengaja jadi ‘nasi tambah’,” komen Azrul Hadi.

“Kalau nak tengok daripada video, sah gaya macam mabuk ini,” ciap seorang pengguna.

“Kenapa bergaduh sampai perlu merosakkan barang kedai? Dan yang lain patut tolong leraikan,” komen pengguna yang lain pula. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 17-3-2023 12:23 PM
saya harap laporan polis dibuat.  dan betapa ignorant nya orang lain yang hanya memerhati.
Quote hareeeesah 17-3-2023 12:31 PM
Yg lain buat xtau je… kesian plak aney tu. Tp steady dia mcm protect lauk-lauk dia [em:12:]
Quote Thunderclouds 17-3-2023 12:54 PM
Kelly vs kelly
Quote Thunderclouds 17-3-2023 12:57 PM
hareeeesah replied at 17-3-2023 12:31 PM
Yg lain buat xtau je… kesian plak aney tu. Tp steady dia mcm protect lauk-lauk dia [em:12:]

Kang kalo dia lwn blk jd lain xpasal ngn dia² masuk ke dlm.
Defen lauk² ngn biar kna debik je lar.
Quote hareeeesah 17-3-2023 01:02 PM
Thunderclouds replied at 17-3-2023 12:57 PM
Kang kalo dia lwn blk jd lain xpasal ngn dia² masuk ke dlm.
Defen lauk² ngn biar kna debik je la ...

Tula tergelak plak aku tgk mcm redho je… janji jgn kacau lauk aku
Quote green~tea 17-3-2023 01:03 PM
Penat nya jadi peniaga ni..

Margin makin mengecil (cost of sales meningkat)... pastu kena hadap effing unnecessary kadar jenayah meningkat disebabkan economy
Quote bulalof 17-3-2023 01:05 PM
call polis len kali.

cepat atau lambat polis sampai, at least polis tau ada keadian & akan settlekan.
Quote pooh~key 17-3-2023 01:22 PM
“Kalau nak tengok daripada video, sah gaya macam mabuk ini,” cipap seorang pengguna.”
Quote pooh~key 17-3-2023 01:24 PM
hareeeesah replied at 17-3-2023 12:31 PM
Yg lain buat xtau je… kesian plak aney tu. Tp steady dia mcm protect lauk-lauk dia [em:12:]

Akak nak tanya kaulah kalau kau ada kat tempat kejadian kau buat apa sis? Pakai cape pakai sepender kat luar dan debik theols ke macam mana sister?
Quote pooh~key 17-3-2023 01:26 PM
asamfish replied at 17-3-2023 12:23 PM
saya harap laporan polis dibuat.  dan betapa ignorant nya orang lain yang hanya memerhati.

Kau yakin2 je yang lain tu tak ada yang dah call polis sister? Lepas call perhatikan jelah, nak berlagak hero kang dengan kau2 kena tikam, ataupun dengan kau2 masuk jail sis.
Quote prettyuglybabe 17-3-2023 01:27 PM
kelly sama kelly nak ketuk yang mana?
Quote cikatilia 17-3-2023 02:27 PM
kesiannya mamak tu
kena bedal xpasal2.. dah mabuk mmg payah nak bawak bincang
Quote mdhelmi 17-3-2023 02:36 PM
pekerja tu jenis yg baik
kalau aku bagi sedas ke celah kangkang macha tu
Quote kucingitam 17-3-2023 02:37 PM

melayu tukang rakam..
Quote kucingitam 17-3-2023 02:38 PM
tosay punya pasal pun mau gaduh ka..
Quote MsKathryn 17-3-2023 02:42 PM
Yennadeeyyyyy
Quote doridori_hi 17-3-2023 03:00 PM
Aku keje Cyberjaya dulu, aku ada rasa semacam mcm ada yg tak kena, tp yg best nya... pagi2 sejuk cam Genting bersweater...  
Sana foreigner aku tak kisah diaorg byk buat hal sendiri, yg local ,indo kena hati2 byk kes cabul, laki gila sex, .. elak kan tmpt sunyi.. sana sunyi mmg sunyi sgt...
Quote sharlenetexas 17-3-2023 03:09 PM
Kalau uols berani ke nak lawan? Entah2 ada senjata.


Quote myakayina 17-3-2023 03:58 PM
yg sekor tu sempat plk ambik pengepit makanan tu nak cucuk pekerja tu..
sbb tu klu dah mabuk berambus je terus blk rumah jgn menyinggah mana2..klu accident pun hrp korang je yg mampus takde jadikan org lain mangsa..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061662 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top