Seorang lelaki diludah mat salih biadab yang memotong barisan ketika menunggu teksi. Menerusi perkongsian hantaran @brdthrnry di Twitter, “Baru sahaja mengalami kejadian yang tidak menyenangkan hari ini. Saya betul-betul beratur untuk menaiki teksi dan datang pula seorang mat salih yang kebetulan memotong barisan. “Apabila teksi tiba, saya cepat-cepat masuk dan menepisnya untuk beratur tetapi yang mengejutkan saya, dia meludah saya,” katanya dalam hantaran itu. Menurut gambar yang dimuat naik, dipercayai kejadian tersebut berlaku di ruangan menunggu bas Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park, Kuala Lumpur. Sementara itu, orang ramai turut berkongsikan pengalaman yang sama apabila berdepan dengan individu yang berperangai sedemikian ketika menunggu pengangkutan awam. “Pernah jadi dekat diri saya juga, namun pemandu teksi tahu saya menunggu lebih awal daripada orang yang memotong barisan. Selepas naik teksi dia menjerit dekat saya,” kata @millanials “Saya pula masa dalam LRT, masa nak keluar (tren) dia tolak nak keluar cepat-cepat, saya terus marah ‘mat salih’ itu depan-depan,” kata @iamrafffffff. “Lagi satu mat salih paling susah pakai pelitup muka dalam kenderaan pengangkutan awam,” kata @hakimilotabur. -CARI Sumber: Kosmo
|
laqoyah replied at 17-3-2023 10:23 AM
Melayu pun sama lah.. BMF.. ketuanan Melayu..melayu terancam.. etc tu bukan sistematik racism kaaa?? ...
ifanonline replied at 17-3-2023 10:32 AM
cuba tengok India, China, Japan, South Korean, North Korean...rasis depa nauzubillah...rasis Melay ...
laqoyah replied at 17-3-2023 10:23 AM
Melayu pun sama lah.. BMF.. ketuanan Melayu..melayu terancam.. etc tu bukan sistematik racism kaaa?? ...
ifanonline replied at 17-3-2023 10:32 AM
cuba tengok India, China, Japan, South Korean, North Korean...rasis depa nauzubillah...rasis Melay ...
laqoyah replied at 17-3-2023 10:41 AM
Yg pura2 mild tu la bahaya... Some Mat salleh dah mmg terkenal dgn tak beradap /tak beragama nye… ...
white_musk replied at 17-3-2023 10:44 AM
ya dik, resis malayu mid saja...
kerana itu lah semua orang boleh hidup aman damai saja...
s@s@ replied at 17-3-2023 11:51 AM
lawak pulak 2-2 berebutkan teksi
myteksi ke? tapi bukan da book awal2 ke?
capiloton replied at 17-3-2023 10:42 AM
motto ngo jer pun, itu pun nak koyakk
orang melayu sendiri pun ramai tak amik port benda2 ni ...
ADVERTISEMENT