Hukuman penjara 14 tahun terhadap bekas guru sekolah rendah yang didapati bersalah mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki dikekalkan Mahkamah Rayuan hari ini. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Lim Chong Fong, sebulat suara, menolak rayuan Mohamad Shafie Abdul Rani, 53, kerana sabitan atas kesalahan tersebut adalah selamat.
Dalam menyampaikan keputusan itu, Hakim Hadhariah berkata, hakim perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan. Mohamad Shafie disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Julai 2021 atas tiga pertuduhan mencabul mangsa ketika berusia 11 tahun di dalam bilik sebuah sekolah dan di pusat latihan guru di kawasan itu, daerah Hilir Perak, pada tahun 2012 dan 2013.
Dia juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan meliwat mangsa yang sama pada ketika itu berumur 17 tahun di sebuah rumah di Langkap, daerah Hilir Perak, pada Disember 2018. Mohamed Shafie diperintah menjalani hukuman penjara secara berasingan dari tarikh ditangkap pada 8 Feb 2021 dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas itu. Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara pada 26 Mei tahun lepas. Perayu diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz. Sumber: Bernama
|
ladybugz replied at 16-3-2023 10:57 PM
jiran i dua org cikgu yg buat perangai mcm ni. seekor tu mmg berkahwin beranak pinak kantoi dgn skol ...
kitmal replied at 16-3-2023 11:52 PM
Lain kali tunjuk gambar orang yang di dakwa ya
prince_marhaen replied at 17-3-2023 09:31 AM
hello guys.... hahahahaha... rajin meols CSI ye.. agak wajah pervert ye..
http://skahti5006.blogs ...
Orix replied at 16-3-2023 03:52 AM
Cemana dh 17 tahun dia leh jumpa ckgu tu balik ? Ckgu tu skola rendah. Fishy.
shernazz replied at 17-3-2023 09:46 AM
Hanat sungguh cikgu ni
Elok la kau dok dalam penjara TU ..
Bior disodom plak oleh geng2 lain..
Firenzza replied at 17-3-2023 12:36 PM
Hada ke bnduan lain selera nk sodom cikgu nih?
laksmanabentan replied at 17-3-2023 12:26 PM
umur 11 tahun pertama kali dicabul (2012 & 2013)
umur 17 tahun dicabul lagi (2018)
tahun 2021 baru d ...
prince_marhaen replied at 17-3-2023 09:31 AM
hello guys.... hahahahaha... rajin meols CSI ye.. agak wajah pervert ye..
http://skahti5006.blogs ...
ADVERTISEMENT