Fizo Omar meluah rasa syukur kerana diumumkan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz dan dalam masa sama bakal menyambut cahaya mata ketiga perempuan dijangka hujung Mei depan.
Katanya, lantikan sebagai duta jenama itu ibarat rezeki anak dan umpama durian runtuh. Pelakon itu mendedahkan, selain Wan Khaleeda dan anak sulungnya, Wan Maryam hasil perkongsi perkahwinan pertamanya, isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini hamil lapan bulan.
“Ini semua rezeki anak termasuk yang sedang dikandung isteri saya kini. Isteri saya disahkan mengandung anak kedua ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Nama pun rezeki kami terima dengan lapang dada. “Tapi saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat Wan Khaleeda masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Takut juga terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula. Dipendekkan cerita pada suatu hari, kakak saya ada datang ke rumah. “Kakak memang sudah ada anak. Saya pun terus buka cerita, dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan produk ini. Rupa-rupanya, kakak pun sudah lama menggunakannya sejak anak pertama lagi. “Akuinya, ia memang bagus dan bebas bahan kimia. Tambah pula ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, buat apa nak ragu. Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda. Saya pun sudah jatuh hati dan akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur. “Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari.” kata Fizo.
Menurut Murai, Fizo membuat pengumuman mengenai kehamilan isterinya itu pada majlis Mamz Crazy Rich Night di Hotel Zenith, 11 Mac lalu. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|