"Nasib baik bujang. Kalau saya ada anak bini, tak tahulah," dedah pelakon Tony Eusoff, 46, mengimbau kesusahan tak cukup simpanan kerana tidak dapat bekerja sewaktu pandemik Covid-19 melanda.
Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman akui pengalaman itu umpama 'tamparan hebat' kepada dirinya untuk lebih mengukuhkan kewangan serta simpanannya. "Saya sudah belajar masa pandemik Covid-19 simpanan tak cukup. Bukan nakkan ada pandemik lagi tapi mana tahu kalau kita jatuh sakitkah? "Saya sudahlah tak terbabit penggambaran selama empat bulan sebelum 'lockdown'. Bulan Mac baru nak 'shoot' satu filem yang buat saya teruja tapi tiba-tiba 'lockdown'. "Dekat setahun tak kerja, rumah kena bayar lagi. Saya korek-korek simpanan yang tak seberapa, agak tenat juga. Saya takut juga pada masa itu," katanya kepada Harian Metro.
|
syamzana replied at 16-3-2023 09:11 PM
dia ni yg pernah masuk jail kat spore kes dadah tu kan? iols igtkan dia ni ada anak bini. single lag ...
cmf_premierleag replied at 16-3-2023 08:42 PM
cuba cari acik2 keje gomen yg single lg
terjamin masa depan Tony nanti
Suchi replied at 16-3-2023 12:31 PM
Nama penuh dia mcm indon plak
Tp dia ni org sarawak kan
rogayahtop replied at 18-3-2023 02:45 AM
46? makin tua makin hensem nok jantan ghope mcm ni.
ADVERTISEMENT