CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Selain Bekas Teman Wanita, Dosa Yang Paling Dahsyat Adalah Bila Saya Patahkan Hati Kedua Ibu Bapa Saya," -Noh Hujan

16-3-2023 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12749| Komen: 73

"Kisah hidup saya sama seperti tema konsert ini…. Patah Hati," kata penyanyi Noh Salleh di hadapan lebih 2,400 penonton yang hadir di konsert Patah Hati di Zepp Kuala Lumpur.

Noh yang menyambut ulang tahun ke-38 semalam menyifatkan tema konsert berkenaan berkait rapat dengan kisah hidupnya.


Foto: IG

Bagaimanapun, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh memberitahu persembahannya pada malam itu cukup istimewa apabila dihadiri ibu bapanya.

"Sempena ulang tahun saya yang ke-38 ini saya tahu saya bukan anak yang baik. Saya banyak mengecewakan mereka.

"Dalam jutaan orang yang saya patahkan hati, saya akui ada tersalah cakap sepanjang menjadi seorang seniman. Antaranya kepada peminat, wartawan dan bekas teman wanita, tapi saya rasa dosa yang paling dahsyat adalah bila saya patahkan hati kedua ibu bapa saya.


"Tolong maafkan segala dosa saya yang cuba harungi di dunia yang penuh kejam ini. Di hadapan peminat ini tolong maafkan saya," katanya.

Menurut Noh, dia tidak menyangka apabila sambutan Konsert Patah Hati cukup luar biasa walaupun diadakan pada hari biasa.

"Nak menjual tiket memerlukan usaha yang sangat tak masuk akal. Bila lihat kehadiran anda semua di sini buat saya fikir penganjur ini hebat.

"Ini hari Rabu bukan hujung minggu, jadi ini menunjukkan bahawa industri muzik Malaysia sihat dan artis Malaysia sudah tahap Blackpink," katanya.



Noh yang tampil pada persembahan penutup mendendangkan beberapa buah lagu popularnya seperti Angin Kencang, Sang Penikam, Bila Aku Sudah Tiada, Kotak Hati dan Aku Skandal.

Konsert Patah Hati berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran peminat yang begitu bertenaga dan 'sporting' sepanjang lebih tiga jam konsert terbabit berlangsung.



Walaupun diadakan pada hari waktu bekerja namun acara yang membariskan nama-nama besar seperti Ernie Zakri, Naim Daniel, Aisha Retno, Imsomniacks, dan Nastia itu tetap 'full house'. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kamexkame 16-3-2023 12:36 PM
Bekas isteri ??
Quote sarah_ary2 16-3-2023 12:41 PM
2400 penonton tue kira dah sama tahap dgn
BP ke? how about your ex wife?
Quote lasagna 16-3-2023 12:50 PM
sikit pun tak petik ex wife, ke ex gf tu yang amoi chantek?
ke saje tak nk sebut ex wife, sebut ex gf?
Quote JelenaJomezz 16-3-2023 12:53 PM
How bout ex wife?
Quote mawarkhayalan99 16-3-2023 01:50 PM
ex gf sama dengan ex wife ke tak
Quote babelina 16-3-2023 02:31 PM
konsert la sgtttttt...
propa lbh..
Quote Moyangkucing 16-3-2023 02:45 PM
Dosa kepada ex gf...? Lain macam statementnya
Quote Miawlover 16-3-2023 02:54 PM
Takde dosa kat ex wife ke? Atau guna ajran yg suami mmg tkde dosa pd isteri ?
Quote marchikobonzo 16-3-2023 03:06 PM
Siapa yang dia maksudkan ex-gf tu?
Quote jihyomelly 16-3-2023 03:09 PM
ex gf? sbb x jadi kawin ke camne? ex wife x masuk list?
Quote mamajawie 16-3-2023 03:11 PM
kesian la kat nina tergilakan dia ni..rupanya hati masih tertaut dengan amoi chantekkk..
Quote ayukpingu 16-3-2023 03:14 PM
ex gf tu muncul sebelum ex isteri.

kot rasa bersalah or patah hati Noh ni lebih byk ke ex gf agaknya dari ex wife.

kau robek hati kuuuu...
Quote bloodyamuk 16-3-2023 03:54 PM
ex wife makin berusia makin dalami agama, noh makin tua makin masih nak bajet anak2 muda anarki...

mana nak sekufu...lagi kita rajin join kuliah ugama lagi kita tahu lifestyle noh ni doniawi
Quote wikedsaikel 16-3-2023 04:40 PM
mamajawie replied at 16-3-2023 03:11 PM
kesian la kat nina tergilakan dia ni..rupanya hati masih tertaut dengan amoi chantekkk..

Kata dah taste dia cina look. Amoi canteekk dah nak masuk 3rd child. Comel comel.
Quote Lavender_Violet 16-3-2023 04:45 PM
Dosa kpd ex wife x de eh?????
Dosa kpd ex gf - ko dah tebuk dia tapi ko tak nikah dgn dia ke Noh? itu ke dosanya?
Quote Lavender_Violet 16-3-2023 04:46 PM
wikedsaikel replied at 16-3-2023 04:40 PM
Kata dah taste dia cina look. Amoi canteekk dah nak masuk 3rd child. Comel comel.

Sapa chuols ex gf mamat ting tong nih?
Quote inspektoremos21 16-3-2023 04:56 PM
wikedsaikel replied at 16-3-2023 04:40 PM
Kata dah taste dia cina look. Amoi canteekk dah nak masuk 3rd child. Comel comel.

pebenda entah noh tak boleh move on dgn tya.. padahal si noh tu menggatal dgn perempuan lain masa tya sibuk study kat australia sana
Quote miszclassique 16-3-2023 04:59 PM
Lavender_Violet replied at 16-3-2023 04:46 PM
Sapa chuols ex gf mamat ting tong nih?

Athira ghani or Tya... Katanya sesama swakian... Google je athira ghani noh kat google image
Quote anony-mous 16-3-2023 05:00 PM
Sedihnya klau salah pilih laki. Xnk salahkan takdir tp i rasa runtun hati org baik mcm miss nina tu, kaya raya , lawa salah pilih Noh buat suami. Masa terbuang mcm tu je. Kalau kahwin 2-3thn , then cerai, dpt jgk peluang hidup dgn org lain yg mgkin lg baik. Tuptup cerai umur pon nk menopos. Rugi sgt. Semoga miss nina dpt kebahagiaan hakiki

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044962 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top