CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

33 Tahun Berlakon, Sofia Jane Mengidam Nak Duduk Di Kerusi Pengarah

16-3-2023 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3655| Komen: 7

Lebih tiga dekad sebagai anak seni, Sofia Jane kekal bertakhta di hati peminat.

Selayaknya pelakon yang bermula lewat 80-an ini  dimahkotakan sebagai primadona unggul, disegani dan berkelas tinggi.


Sepanjang 33 tahun, Sofia selesai menjayakan lebih 18 filem, 12 telefilem, sembilan drama dan lapan pementasan teater.

Menepati masa, memahami kerja menjadi faktor bertahannya Sofia dalam dunia perfileman, selain bakat dan kecantikannya yang masih berkekalan.


Foto: Utusan Online

Katanya, pengalamanlah yang membentuk keperibadian serta jati dirinya sebagai anak wayang yang masih bertahan hingga masa ini.

“Saya manusia paling bertuah kerana saat permulaan masuk ke dalam industri ini, saya berkenalan dengan ramai orang yang sentiasa menepuk bahu serta mengingatkan agar tidak menjadi malas dan manja.

“Merekalah yang mendidik dan membentuk Sofia Jane yang anda lihat pada hari ini. Saya berterima kasih untuk semua itu.


“Cabaran dunia seni lain bentuknya. Sesukar apa sekalipun, saya kena bangkit, teruskan dan selesaikan amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Pada Sofia, kehadirannya dalam bidang seni pada hari ini bukan untuk melepaskan keinginan terhadap kerja-kerja lakonan semata-mata.

Malah, segala ilmu dan pengalaman yang diciduk selama 33 tahun perlu dikongsi dan diturunkan kepada pelapis baharu.

“Bila jatuh, bersegeralah bangkit. Nasihat ini saya kongsikan, bukan sahaja buat pelakon baharu, malah kepada anak-anak saya juga.

“Langit tidak sentiasa cerah. Anda pasti dapat mengharungi dan melepasinya, meskipun hari itu adalah hari malang untuk anda.

“Jangan sesekali berputus asa. cuba lagi, lagi dan lagi,” katanya lagi.

Soalan dimana kedudukannya dalam industri pada 10 tahun akan datang saya layangkan terus kepada pelakon berdarah kacukan Melayu Inggeris ini.

Tertawa kecil, Sofia menyebut dengan jelas tentang keinginan menjadi seorang pengarah.

“Satu hari nanti, saya mahu duduk di kerusi pengarah. Itu yang ada dalam fikiran kalau ditanyakan kepada saya tentang masa depan saya dalam industri seni.

“Saya pernah melakukannya bagi sebuah filem pendek untuk Kaki Seni beberapa tahun lalu.saya tahu, saya boleh melakukannya.

“Pengalaman yang dikumpul selama 33 tahun ini wajar saya gunakan untuk menjadi sutradara,” ujarnya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 16-3-2023 12:42 PM
sheols ni bagi watak apa pon semua dia boleh bawak.

Ni baru betul A-lister tapi tak kerek
Quote eely_shana 18-3-2023 11:05 PM
Cantik seiring usiA
Quote ciksom 18-3-2023 11:28 PM
aku suka dia berlakon. cantik dan berbakat. Antara pelakon yang aku tunggu nak tengok drama atau filem.
Quote cmf_premierleag 18-3-2023 11:30 PM
Laki ko kan kaya ..ko mintak je la bukak production hse,pastu ko la jd penerbit pengarah bagai. Kalo dh mengidam sgt kan
Quote Suchi 19-3-2023 11:10 AM
heythere123 replied at 16-3-2023 12:42 PM
sheols ni bagi watak apa pon semua dia boleh bawak.

Ni baru betul A-lister tapi tak kerek


Dia ni ada tak amik drama?
Pastu dia nih takde la pulun berlakon dr muda sampai dah beranak pinak non stop.



Muncul sekali sekala je tp nama dia cukup dikenali walau tak pulun berlakon.
Quote heythere123 19-3-2023 11:13 AM
Suchi replied at 19-3-2023 11:10 AM
Dia ni ada tak amik drama?
Pastu dia nih takde la pulun berlakon dr muda sampai dah beranak pinak  ...

ada kaka, yang latest Nenek Bongkok 3 dekat ViU. Sebelum tu sheols berlakon One Cent Thief dekat Astro.

Tapi semua drama sheols boleh kata bermutu la, bukan drama cringe
Quote fadz84 19-3-2023 01:14 PM
Suchi replied at 19-3-2023 11:10 AM
Dia ni ada tak amik drama?
Pastu dia nih takde la pulun berlakon dr muda sampai dah beranak pinak  ...

Dulu lps kahwin dia ikut husband migrate ke Jakarta dlm 5 tahun cmtu.. tu yg lama dia stop berlakon.. filem Terakhir dia tahun 1996, pastu start berlakon filem blk tahun 2004, PGL.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.081880 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top