Seorang petani maut selepas ditanduk oleh seekor lembu peliharaannya. Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, mangsa, Nengah Weta, 68, ditemukan maut di Desa Batuagung, Jembrana, Bali, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Jembrana, Iptu Putu Budi Santika berkata, anak mangsa membuat laporan selepas bapanya maut diserang lembu sekitar pukul 3.30 petang. "Lembu jantan mangsa mengamuk selepas mengawan," katanya pada Rabu. Mangsa ditemukan meninggal dunia oleh individu dikenali sebagai Sayu Kade Suenteri di ladang itu. Menurut individu itu, dia menghubungi mangsa namun tiada jawapan. Dia kemudian mencari mangsa, dan mendapati mangsa sudah dalam meninggal dunia. "Berhampiran lokasi mangsa maut, lembunya masih menunggunya,” katanya lagi. -CARI Sumber: mStar/ Kompas
|
FOTHER-MUCKER replied at 16-3-2023 10:13 AM
Baguslah Indonesia kerana tiada kerajaan beraja!
nononcrux replied at 17-3-2023 11:35 AM
ada terbaca article, dulu system beraja dia dihapuskan sendri bukan melalui kata sepakat tapi peru ...
ADVERTISEMENT