Susulan tular video memaparkan dirinya didakwa berada dalam keadaan tidak normal, baru-baru ini, Yantzen tidak melatah apabila dilemparkan pelbagai komen negatif. Tak nak ambil pusing dengan komen negatif, Yantzen, 65 berkata fokusnya kini menjalani kehidupan seperti biasa.
"Saya tak nak komen apa-apa. Saya kalau cakap pun tak guna, kalau saya beritahu pun ceritanya akan jadi dua hala. "Terpulang pada mereka untuk menilai saya takkan melatah. Saya cuma fokus dengan kehidupan saya sekarang dan bukan mereka yang beri saya makan. "Kata-kata negatif itu biasa, begitulah mereka mudah menilai orang," katanya kepada mStar. Dia turut mendedahkan dia mengalami masalah sukar tidur malam. Tambah Yantzen, dia pernah tidak tidur selama enam bulan disebabkan penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. "Saya cuba memperbaiki diri sendiri, terus terang cakap saya enam bulan tak tidur. Itulah yang saya alami.
"Masalah kesihatan saya itu antara saya dengan Tuhan. Kalau benda-benda mistik saya tak tahu tapi saya ada lakukan perubatan Islam. Cara saya mengubati itu antara saya dengan Allah. "Dari tahun lepas saya mengalami gangguan tidur ini," katanya lagi. Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan Yantzen bercakap dalam keadaan tidak tentu arah dan seperti tidak normal. Dalam ruangan komen video tersebut, pelbagai tulisan kurang enak ditinggalkan oleh netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
dudaberhias replied at 16-3-2023 10:07 AM
penyakit apanya kalau dah cakap pun mulut herot... kacip la tu...
berhenti ambil elok la balik... n ...
h0lysh1t replied at 16-3-2023 10:20 AM
Boleh ke tak tido 6 bulan? Tak sampai seminggu pun dah boleh mati
starcity replied at 16-3-2023 10:22 AM
Tgk muka pun dh tau mendadih
ADVERTISEMENT