Seorang pengguna Twitter berkongsi aksi beberapa kanak-kanak yang bertindak agak keterlaluan apabila memanjat kereta milik kakaknya. "Sebab tu parental control ni penting, jadi macam ni la. Anak siapa entah memandai panjat kereta kakak aku?" tulisnya.
Dikenali sebagai Faiz, dia berkata kejadian tersebut dirakam oleh adiknya yang ketika itu baru pulang dari tempat kerja, baru-baru ini. "Rumah tersebut didiami oleh kakak, ibu dan bapa saya. Masa hampir nak sampai rumah, adik nampak ada tiga kanak-kanak sedang bermain di hadapan rumah kakak dengan salah seorang daripada mereka memanjat kereta kakak yang diparkir di hadapan pagar. "Dia sempat membuat rakaman hanya sekadar untuk disimpan sebagai bukti. Kanak-kanak tersebut anak jiran kakak. "Apabila sampai depan rumah, adik saya sempat tegur budak-budak tu dan mereka kemudian lari masuk rumah," ceritanya.
Faiz berkata selepas kejadian, kakaknya pergi ke rumah jiran mereka untuk memberitahu mengenai perkara tersebut hanya sebagai untuk menyuarakan teguran. Bagaimanapun ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tiada di rumah, mungkin keluar bekerja ataupun mempunyai urusan. "Jadi mereka belum berpeluang bertemu ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut. Namun kakak akan cuba juga bertemu kalau nampak ibu bapa mereka ada di rumah. "Kalau tak beritahu, sampai bila-bila pun mak ayah mereka tak tahu. Ini pun untuk kebaikan anak-anak mereka juga," katanya. Pemuda ini menegaskan, tindakannya memuat naik video tersebut di laman sosial hanyalah semata-mata mahu menyampaikan mesej mengenai pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak mereka mengenai adab. "Sebenarnya ini bukan kali pertama insiden seperti itu berlaku. Sebelum ini, anak-anak jiran main bola dan terkena kereta hingga calar. Tapi masa itu kita anggap tak sengaja saja. "Tapi kali ini sampai panjat kereta orang, agak luar biasa rasanya. Kalau nak main, boleh saja main dekat taman permainan yang terletak tak jauh pun dari rumahnya. "Saya pun pernah jadi kanak-kanak tapi ibu bapa ajar kami adik beradik mengenai adab... tidaklah sampai memanjat sana sini. "Ada yang komen kenapa parking dekat luar? Sebenarnya, itu lorong jalan mati. Dan kebanyakan penghuni pun parking di luar sebab ada lebih daripada dua kereta. "Bagi saya, perkara ini general... semua ibu bapa perlu ajar anak-anak mereka mengenai adab," katanya lagi. Sehingga kini perkongsian Faiz meraih lebih daripada 3,000 ulang kicau dengan rata-rata warga maya turut menyokong pandangannya mengenai peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang adab. "Budak memang belum ada akal tapi mak bapa budak ni akal dekat b**tot ke? "Suarakan je. Kalau kenal parents bagitahu terus. Kalau tak kenal masukkan je dalam group perumahan. "Boleh pecah weyh cermin depan tu... haishh. "Saya ada pengalaman anak jiran tiba-tiba ambil batu nak baling dekat kereta saya masa lalu time balik kerja.. terbrek emergency tau. "Minggu lepas baru kena dekat aku, budak-budak main bola then shoot kena kereta aku. Aku terus mengamuk, terajang basikal anak aku. Tak sengaja terkena basikal-basikal diaorang. Then aku jerit, aku dah cakap banyak kali main bola dekat padang. Lari semua," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
cmf_premierleag replied at 16-3-2023 09:36 AM
Gitu la anak2 beruk ni
Dah la x comel lgsg pastu memekak je kt restoran..ko ingat kau comel ke hah?? ...
cmf_premierleag replied at 16-3-2023 09:36 AM
Gitu la anak2 beruk ni
Dah la x comel lgsg pastu memekak je kt restoran..ko ingat kau comel ke hah?? ...
ADVERTISEMENT