CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Mati Diserang Sekumpulan Anjing Liar Ketika Bermain Dengan Kawan

15-3-2023 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6010| Komen: 0

Sekumpulan anjing menyerang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di daerah Khammam, Telangana, India pada Ahad, menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Menurut Majoriti, Banoth Bharath diserang haiwan liar itu ketika bermain dengan rakan-rakannya pada waktu petang dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.




Serangan anjing liar di Telangana semakin menunjukkan peningkatan kebelakangan ini dengan sebuah lagi daerah di Hyderabad turut berhadapan dengan isu sama.

Bulan lalu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas diserang anjing liar di kawasan tersebut.

Selang beberapa hari kemudian, seorang lagi budak lelaki berusia empat tahun turut diserang anjing liar di Koloni Maruti Nagar, Hyderabad, India namun mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Susulan isu berkenaan, Mahkamah Tinggi Telangana telah mendakwa badan perbandaran Hyderabad berhubung kematian ngeri seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dalam serangan anjing liar di bandar tersebut.




Ketua Hakim Negara, Ujjal Bhuyan meletakkan kesalahan terhadap Greater Hyderabad of Municipal Corporation (GHMC) atas kematian kanak-kanak terbabit dan bertanya apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan insiden serangan anjing liar.

Bagaimanapun, hingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil pihak berkenaan. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.041175 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top