Pengasas kedai serbaneka 7-Eleven, Masatoshi Ito yang menjadikannya empayar global, meninggal dunia pada usia 98 tahun akibat sakit tua pada 10 Mac lalu. CNN melaporkan, jutawan Jepun itu merupakan salah seorang usahawan runcit paling terkenal di Asia.
Difahamkan, kematiannya disahkan pengendali 7-Eleven, Seven & I Holdings (SVNDF) dalam satu kenyataan kelmarin. “Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kebaikan dan persahabatan anda sepanjang hayatnya dan dengan segala hormatnya memaklumkan pemergiannya,” kata syarikat itu. Ito mengubah sektor peruncitan setiap hari di Jepun. Mendiang menjadikan syarikat kelahiran Amerika Syarikat itu sebagai jenama antarabangsa, terutamanya di Asia. Seven & I Holdings kini mengendalikan lebih 83,000 kedai di seluruh dunia, termasuk kedai 7-Eleven di 19 wilayah dan negara serta rangkaian kedai serbaneka Speedway di Amerika Syarikat.
Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT