Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Begitulah situasi drama dan filem tempatan hari ini yang dikata stereotaip biarpun sudah acap kali ditegur. Bukan tidak ada naskhah yang bersifat luar kotak atau luar zon selesa, tetapi masih terlalu kurang dan tenggelam dengan lambakan drama atau filem tangkap muat dengan jalan cerita yang serupa. Keadaan ini tidak sihat untuk industri drama dan perfileman.
Malah, Fazura yang sebelum ini pernah menyebut hal serupa sekali lagi tampil mengulas berhubung lambakan drama stereotaip yang ditayangkan stesen televisyen (TV) tempatan. “Sedih. Industri kita menghasilkan terlalu banyak naskhah dengan jalan cerita dan skrip yang berulang. “Saya tak tahu bila keadaan ini nak berubah. Macam mana kita nak kembangkan minda penonton kalau yang disajikan kandungan sama, berulang kali.
“Sorry to say, itulah kebenarannya. Saya harap lebih ramai penerbit yang berani untuk keluar zon selesa, buat cerita berbeza untuk kembangkan minda penonton. Alihkan stigma dan tukar baharu,” luahnya. Disebabkan masalah yang tidak selesai itulah Fazura menjadi lebih selektif dan jarang muncul dalam drama dan filem tempatan. “Terus terang memang saya banyak terima tawaran berlakon, tetapi banyak juga yang terpaksa saya tolak kerana skrip yang sama. “Keadaan ini sangat mengecewakan. Sebab itu anda melihat saya jarang berlakon pada masa sekarang,” jelasnya. Sumber: Utusan |
Perawankota replied at 18-3-2023 06:26 PM
Fuzzy kan suka skrip2 yg ada women empowerment..
Tapi masa 1st filem dia berlakon masa umur 16 tu, ...
lazim replied at 18-3-2023 09:42 PM
Ada ka drama dia yg memorable .. aku igt kisah bergaduh ketuk kasut kt kpla org je
Suchi replied at 19-3-2023 11:07 AM
Cerita melayu kat tv3
- mak mertua jahat
- laki jahat
nordin84 replied at 19-3-2023 08:55 PM
kannn semua watak pompuan gediks ea.. adoi, kalau drama elok la pasah sandha walaupun berlakon ber ...
nordin84 replied at 19-3-2023 08:55 PM
kannn semua watak pompuan gediks ea.. adoi, kalau drama elok la pasah sandha walaupun berlakon ber ...
ADVERTISEMENT