CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Di Cheras Jual 30 Cucuk Sate Ayam Dan Daging Harga RM107, Murah Ke Mahal?

15-3-2023 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7142| Komen: 104

Seorang individu terpaksa membayar lebih RM107 ketika membeli 30 cucuk sate di Cheras, Selangor, baru-baru ini.

"Kakak saya beli sate, cuma nak tanya netizen la, murah ke mahal? Ke standard?


"Sate dia memang diakui sedap la. Kedai sate apa tak tahu tapi dekat Cheras" ciap @adiehussin94 pada Selasa.

Foto: twitter

Dia turut berkongsi foto sate berkenaan serta perincian harga pada resit bertarikh 12 Mac 2024.

Dalam resit tersebut, sate ayam dijual pada harga RM2.90 secucuk, manakala sate daging dijual pada harga RM3.90 secucuk.

Kakaknya terpaksa membayar RM43.50 untuk 15 cucuk sate ayam dan RM58.50 untuk 15 cucuk sate daging.

Pada masa yang sama, pelanggan itu juga perlu membayar RM5 untuk dua nasi impit, timun dan bawang, menjadikan harga keseluruhan RM107.


Rata-rata netizen di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan sate berkenaan dijual pada harga tidak masuk akal.

Pada masa yang sama, mereka turut berjenaka tentang kesilapan tarikh tahun 2024 yang tertera pada resit berkenaan.

"Baru perasan, dia guna harga yang tahun depan ke macam mana? Tengok tarikh.

"Sate dari masa depan ni, 2024 masa ni mungkin B40 dah bergaji RM5,000 sebulan.

"Dia guna ayam organik ke wagyu ni," tulis beberapa netizen.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 15-3-2023 03:40 PM
Sblm nk place order tu tak tanya dulu ke rege brp? Ke masuk kedai acah² byk duit terus order ..bila dpt bil terus terkejut mcm beruk tua
Quote eragon 15-3-2023 03:42 PM
Ayam ORI, Daging ORI ? Apa beza ayam daging ori dan tak ori ?
Quote venom1 15-3-2023 03:44 PM
sekali denga bayaran kereta time machine tu..dari masa hadapan kan?
Quote zuliana29 15-3-2023 03:47 PM
wow. mahal jgk ni. kt kajang ni sate ayam/daging RM1.40, kambing RM1.80 kalau x silap. menangis ni kalau beli banyak utk mkn bersama keluarga,
sis kadang2 beli jgk sate utk bwk blk sarawak dlm 100pcs
Quote dekmieDandy 15-3-2023 03:47 PM
memang on mahal side untuk standard kedai biasa

tapi kalau sedap, ok kot
Quote Samerosie 15-3-2023 03:48 PM
"Terpaksa membayar.."

Terpaksa tu mcmana? Peniaga letak pistol kat kepala ke suruh beli jugak?
Quote slyfynx 15-3-2023 03:48 PM
Die tulis ayam ORI dan daging ORI.
Pasni order yang imitation je, murah sikit.
Quote TMZ.com 15-3-2023 03:51 PM
Dekat Satay station ni. Tapi satay dia besar2 tapi ada yang size biasa punya
Quote lattehazelnut 15-3-2023 03:53 PM
Edited by lattehazelnut at 15-3-2023 04:37 PM

Mmg semua main masuk restoran n order xtgk harga ke?
Quote ChildrenOfBodom 15-3-2023 03:54 PM
kt tmpt RM43 boleh dpt 50 cucuk (25 ayam/ 25 daging) + nasi himpit
Quote lasagna 15-3-2023 03:56 PM
eragon replied at 15-3-2023 03:42 PM
Ayam ORI, Daging ORI ? Apa beza ayam daging ori dan tak ori ?

ha ah kan? mebi ada sate ayam perasa lain2 agaknya.
bbq ke, pedas ke, rendang ke.. mana ler tau..

Quote kucingitam 15-3-2023 03:57 PM
eragon replied at 15-3-2023 03:42 PM
Ayam ORI, Daging ORI ? Apa beza ayam daging ori dan tak ori ?

haha tu ah..mungkin penjual sate lain guna ayam dgn daging tiruan made in china?
Quote kucingitam 15-3-2023 04:00 PM
amende buy a satey? tulis bahasa melayu je dik..
Quote vanillaninja 15-3-2023 04:04 PM
I tak minat sate so tak pernah beli dan tak tau standard price macam mana. Tapi since I nak jugak palatao, memang mahal la 30 cucuk dah nak hampir sama harga dengan makan Shell Out.
Quote sharlenetexas 15-3-2023 04:14 PM
2024. Satay dari masa depan.


Quote Samerosie 15-3-2023 04:19 PM
TMZ.com replied at 15-3-2023 03:51 PM
Dekat Satay station ni. Tapi satay dia besar2 tapi ada yang size biasa punya

Oh satay station rupanya.  Ha ah memang mahal sebelum covid pun iols makan rasa rm3 ke camtulah for harga satay daging sebatang. Dekat rumah iols sini daging pun dah rm2 sebatang.
Quote jejaka_hensem 15-3-2023 04:21 PM
Kalau dari wallet iols,murah je harga tu.
Quote Suchi 15-3-2023 04:23 PM
Edited by Suchi at 15-3-2023 04:27 PM

Apa jadah rm3-4 secucuk sate?

Sib baik sekian lama menetap Kajang ni iols dah terlalu puas makan sate, la ni rasa teringin nk mkn sate madura jer tp bila order rasa mcm sate biasa juga ada manis2.
Sbb penah makan sate kamben yg org indon masak lain sgt rasanya.
Kuah dia gelap mcm ada letak kicap ada perahan limau kasturi bagai.
Rasa sate pun tak manis leting dia mcm perap ngn kicap.Tp tula taktau mana nk cari sate madura hat cam dlm gambar ni A07D3030-4300-4453-9184-216A9FAAC2CB.jpeg
Quote Themilo 15-3-2023 04:28 PM
Suchi replied at 15-3-2023 08:23 AM
Apa jadah rm3-4 secucuk sate?

Sib baik sekian lama menetap Kajang ni iols dah terlalu puas makan sa ...

senang je sis. Uols skrol tiktok Damara.
Nanti dia akan tanya "Mau pakai lontong? Kicap? Cabe?"  

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059094 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top