CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Biadab, Anak-Anak Kumpulan Radja Trauma Insiden Diugut Bunuh Ketika Buat Konsert Di Larkin

15-3-2023 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3189| Komen: 5

Anak-anak kumpulan Radja trauma susulan insiden menerima ancaman bunuh dan dilemparkan kata-kata kesat ketika mengadakan konsert di Larkin, Johor Sabtu lalu.


mStar


Vokalis Radja, Ian Kasela berkata, niat membawa keluarga bersama ke konsert berkenaan untuk memberi pendedahan bagaimana mereka bekerja namun tidak menyangka pulang ke Indonesia dengan perasaan trauma.

“Anak-anak kami hanya diam dan terkejut kerana masih kecil. Apa yang berlaku seperti kanak-kanak sekolah yang ditengking oleh orang tua dengan kasar.

“Perbuatan itu sungguh biadab,” katanya seperti yang dipetik dari Kompas.



Menurut Ian, meskipun anak-anak mereka tidak berada dekat ketika wakil penganjur datang menyerang, namun mereka dapat mendengar dengan jelas suara seorang individu yang didakwa menengking kumpulan itu dan mula mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh.



Malah, Ian sendiri akui dirinya takut untuk mendekati orang ramai selepas kejadian tersebut dan menolak untuk merakam gambar bersama peminat ketika dalam perjalanan pulang ke Indonesia.

“Ketika di lapangan terbang, ada juga yang mahu mengambil gambar bersama, tetapi saya masih rasa takut,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain kumpulan yang popular dengan lagu Jujur ini juga terpaksa membatalkan jemputan ke Malaysia dalam masa terdekat kerana bimbang akan tahap keselamatan mereka.



Difahamkan, kekecohan tercetus berikutan salah faham antara pihak penganjur dan Radja.

Kumpulan itu mendakwa mereka tidak diberitahu tentang jadual penuh kehadiran ke di Johor Bharu termasuk sesi bertemu peminat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 15-3-2023 02:47 PM
Bangsa J mendunia  
Quote siwasa 23-3-2023 05:36 PM
Cerita Lengkapnya

[youtube]TLRxFST46ak[/youtube]
Quote MissVixen 1-4-2023 12:38 PM
Dah kenapa bangsa j maki hamun, kunci orang dalam bilik. Dah macam perangai ketua dia pulak. Apa salah fahamnya? Radja ni famous jugak dulu. Banyak lagu sedap tapi kena layan macam tu. Buat malu je.
Quote cm_vungtau 12-4-2023 05:24 AM
Edited by cm_vungtau at 12-4-2023 05:29 AM

Lol JDT
Quote imanjannah 20-4-2023 03:26 PM
apa cerita ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.108277 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top