Roslan Shah bersyukur pihak penganjur tidak lepas tangan dalam insiden pelakon Kamal Adli, 37, cedera diserang di Singapura, baru-baru ini. Pengacara berusia 51 tahun itu memaklumkan polis juga pantas bertindak susulan insiden itu, lapor Harian Metro.
Katanya, ada pengawal keselamatan bertugas di lokasi, namun mereka sudah berada di luar dewan ketika kejadian kerana acara sudah hampir tamat. "Penganjur memang ada sediakan pengawal tapi kejadian menimpa Kamal itu berlaku dengan pantas. Ketika itu kebetulan mereka pula di luar dewan memandangkan acara nak habis. "Orang kat dalam pun memang tengah berkemas. Itu malang tak berbau. Siapa-siapa pun memang tak jangka ia boleh berlaku," katanya.
IGStory Tambahnya, semua kos termasuk rawatan, penginapan serta urusan lain untuk Kamal dan Uqasha sepanjang di sana ditanggung penganjur. Terdahulu, Roslan mendedahkan individu yang menyerang Kamal sempat membuat ugutan kepada pekerja pelakon itu selepas kejadian dan ditahan polis. Susulan kejadian itu, Roslan berharap rakan artis lain tidak akan serik untuk terbabit dalam acara berkenaan kelak. - CARI |
mamajawie replied at 15-3-2023 10:30 AM
cik lan chiau ni bila nak kawen?tunang da 10 tahun sampai mak meninggal last2 menyotong smpai skang. ...
ADVERTISEMENT